Monday, August 27, 2012

Kegelapan

Bila rumah kesunyian kembali, makin rindu pada ramadhan yang telah berlalu pergi...
Rindu pada malam2 yang dipenuhi dengan temujanji bersama DIA...
Rindu pada suara-suara yang penuh keilkhlasan memberikan kesedaran pada hamba2 yang leka....
Rindu melihat anak2 yang riang gumbira berjumpa rakan2 tatkala ibu bapa sbuk dengan "urusan"
masing2....

Antara kenangan yang best bulan Ramadhan yang lalu, bila bertarawikh di Masjid Kuning Batu 10, suasana  dah macam suasana kampung......seronok ...rasa tenang sangat.... Dan masa surau al-falah black out kerana pendawaian elektrik disambar petir.....Merasa solat berjamaah dalam kesamaran lilin......feeling lebey lah kan......

Semalam dapat berita yang salah seorang rakan seuniversiti meninggal dunia dalam kemalangan. Inna lillahi wa inna ILAYHI raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون).  Teringat kepada text arwah semasa kehilangan ayah dulu, sangat meaningful smpai sekarang pun ingat apa yang dia tulis.Sangat2 nak pergi ziarah majlis pengkebumiaan arwah semalam tapi tanya ramai orang , satu pun tak reply her closed friend no. Rumah bapa arwah dekat je dengan rumah lebih kurang 20minit.  Rasa ralat sangat, andainya boleh melawat arwah untuk kali terakhir dan solatkan untuk dia...Allah lebih mengetahui...Moga kehilangan arwah memberikan peringatan untuk semua yang masih hidup di dunia dan semoga rohnya dicucuri rahmatNya sentiasa...







nota kaki:-

Dalam Islam, Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون) ialah sebahagian dari ayat Al-Quran, dari Surah Al-Baqarah, Ayat 156. Yang bermaksud:

"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Automatically ble kte terdengar pasal kematian mulut akan pantas menyebutnya.
Biasanya diterjemahkan "Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada Allah jualah kita kembali."

Sebenarnya bukan ble terdengar psl kematian je, bile kte ditimpa sesuatu dugaan kte mmg kene sebut ayat ini. Bermakna bile ditimpa dugaan, kepada Allah SWT kte kene kembali. Mengadu kepadaNya, hanya kepadaNya.

Apa yang kte tak sedar?
Kebanyakannya salah sebut..
Ramai yang sebut ceni..

"INNA LILLAHI WA INNA LILLAHI ROJI'UN"

*Kadang-kadang bile tonton drama ke, movie ke, pelakon2nye sebut tak betul. Taknklah sebutkan nama-nama pelakon tu*

Salah dah tu maknanye..tah pe maknenye tak brani pulak aku nak pandai2 terjemahkan.

Jadi belajarlah sebut betul-betul..

Inna lillahi wa inna ILAYHI raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون)

Thursday, August 23, 2012

Bukan satu pilihan

Semua orang pasti pernah terjatuh ...jatuh tangga, jatuh sebab pakai kasut tumit tinggi, terjatuh sebab tersepak batu, terjatuh sebab tak nampak lubang di tengh jalan dan macam2 lagi adengan kejatuhanan yang rasanya tidak perlu diceritakan di sini.


Apa yang orang jatuh ni selalu buat?

Dah tentulah diorang akan bangun semula ya tak? takkan lah nak duk lama2... Kalau ada ramai orang di situ, cepat2 bangun sebab nak cover malu n kalau kat tengah jalan raya cepat2 bangun kang ada pula lori kontena lalu kena gelek free jer pulak.

Bangun semula ...
Bukan satu pilihan......


Semua orang akan bangun semula tetapi dengan tahap yang berbeza2 mengikut kemampuan tetapi yang pasti semua orang akan bangun semula.

Take time....u can do it !

"I have not failed. I've just found 10,000 ways that won't work." - Thomas Edison




Wednesday, August 15, 2012

Impossible to ignore

 
 
all my life
Is changing every day
In every possible way

In all my dreams
It's never quite as it seems
Never quite as it seems

I know I've felt like this before
But now I'm feeling it even more
Because it came from you

Then I open up and see
The person falling here is me
A different way to be

I warn more
Impossible to ignore
Impossible to ignore

They'll come true
Impossible not to do
Impossible not to do

Now I tell you openly
You have my heart so don't hurt me
You're what I couldn't find

Totally amazing mind
So understanding and so kind
You're everything to me

All my life
Is changing every day
In every possible way

And oh my dreams
It's never quite as it seems
Cause you're a dream to me
Dream to me
 
 

Tuesday, August 14, 2012

Merajuk yang tidak dipujuk

Tinggal 4 hari lagi...... cukupkah apa yang telah dilakukan sepanjang 25 hari yang lalu termasuk hari ini.
Semalam tazkirah dr Ust Fadzli aka Adli memang sangat menarek. Walaupun tazkirah pendek dlm masa 40-45 minit namun banyak cerita sahabat2 Nabi yang diperdengarkan dan banyak  juga persoalan tegas yang dilontarkan. Antaranya:-


  • Sewaktu bulan ramadhan ini pernah ke kita menangis mendoakan ibu bapa, anak2 , ahli keluarga kita agar mereka di masukkan ke dalam syurga?
  • Pernah kah kita mengalirkan air mata menangisi kesilapan besar dan kecil yang berterusan kita lakukan.
  • Dosa yang kita lakukan akan dipertggjwbkan kepada ibu bapa.....Sanggupkah kita menempah tiket neraka untuk mereka...
  • Ada jaminankan kita akan berakhir di dunia ini dengan pengakhiran yang baik.

Friday, August 10, 2012

Bersyukur dengan apa yang kita ada

 
 
The best iklan ever...Sometimes we 4got how grateful we r, byk sgt nikmat Allah bagi smpai tlalu leka dgn dunia. Cukup sifat , lahir dalam Islam, kadang2 Allah bagi sedikit ujian untuk peringatan...have u asked urself??? 

 APA LAGI YANG KAMU MAHU ????


Samb:-

Petang sewaktu naik LRT perasaan marah tiba2 menerjah tatkala ada seorang pakcik yang cacat penglihatannya tidak diberikan tempat duduk di dalam tren oleh seorang pemuda muda.Penat sangat gamaknya mamat tu , kerja kontrak la kot. ( yalah sgt, xde rupa lgsg) Dah siap suh bg pcik tu duduk pun dia wat2 pejam mata...Seb baik bulan ramdhan , kalau tak ingin sahaja ...argh.... sudahlah.... dah akhirnya yang memberikan tempat duduk kat pakcik itu adalah seorang auntie berbangsa singh yang umurnya dlm linkungan 50an anggaran ku... Dahsyatnya manusia sekarang nilai2 murni kecik camni pun xbley nk implement. Moga diberi hidayahlahkan mamat tu....

 But the best part masa aku duk asik memerhatikan pakcik itu, dia mengukir senyuman dan kelihatan dia sangat bahagia dengan apa yang dilaluinya hari tu....Ya Allah tatkala tu aku cuba meletakkan diri aku , mampukah aku turut mengukir senyuman dengan keadaan sebegitu. Sepanjang pakcik tu berjalan tadi sering sahaja dia melanggar dan dilanggar orang lain...ce bayangkan kalau orang langgar kita sikit masa kita penat baru balik kerja + nak cepat smpai rumah.sedikit sebanyak mesti ada rsa marah ye x? tapi pakcik tu sgt nampak bahagia.....Ya Allah moga pakcik itu diberikan kehidupan yang terbaik untuknya di dunia dan akhirat dan semoga segala urusannya akan dipermudahkan....amin ~~~~

Alhamdulillah diberi sedikit kesempatan ini ya Allah ~


Thursday, August 9, 2012

u never noe~


"Orang muslim yang mendoakan temannya secara diam-diam, akan disambut malaikat dengan berkata: SEMOGA UNTUKMU JUGA." 
-HR. Muslim


Friday, August 3, 2012

How ur ramadhan 1433H?

Ramadhan 1433H semakin berlalu......14 hari sudah kita berpuasa...Dah memaksimumkan sebanyak mungkin ibadah yang telah dilakukan ? Let's perform...masih ada masa lagi ini :)




"Dan sesungguhnya Kami (Allah) akan isikan neraka Jahanam itu sebahagian daripada golongan jin dan manusia, mereka itu mempunyai hati, tetapi tidak mahu memahami ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihat tanda kekuasaan Allah. Mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mahu mendengar (ayat dan suruhan Allah). Mereka itu tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai." 

(Surah al-A'raf, ayat 179)