Thursday, May 31, 2012

Jatuh - Bangun

Jatuh sudah,
Bangun pun sudah.

Mencuba sudah,
Mengalah pun sudah.

Beralah sudah,
Dikalahkan pun sudah.




Moga masih mampu berdiri teguh di jalan ini.........

Monday, May 21, 2012

Rasa ada yang tak kena

"Sometimes, what happened for us in the past affect who we are today." 
- Desperate Housewives (TV Series)

Semalam entah kenapa tiba-tiba rasa ada yang tak kena / rasa sesuatu yang buruk bakal berlaku. Instinct kuat sangat menyatakan tidak dan jangan. Pagi ni bangun rasa tu dah berkurangan tapi sebab duk teringat hal semalam terus tak jadi buat what im suppose to do dis morning. Alhamdulillah, walaupun pagi ni bangun dengan perasaan cam tak berapa best nak pergi kerja (hari Isnin biasalah kan) tapi berjaya juga pujuk hati ni jadi tenang and be positive.


Layan FB pagi tadi jumpa gambar ni....


                                     Memang betul....bila mulakan hari dengan ketenangan , hari jadi lebih ceria ^^

.: Doa keluar rumah :.




"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".




Friday, May 18, 2012

Kalau ada kesempatan, pergilah....

Berkesempatan melawat dua orang pesakit di HUKM kelmarin.

Hospital! 

Tempat menarek untuk mengingatkan diri. Setiap kali menjengah ke sana pasti akan timbul kesedaran diri. Kalau tak banyak, sikit mesti ada. Suasana di sana sudah cukup menggamit hati. Melihat pesakit lagilahkan? 


Saidina Umar bin al-Khattab berkata: 

Hadirlah di tempat orang yang hampir mati dan ingatkanlah mereka akan kalimah Lailahaillallah kerana mereka nampak apa-apa yang kamu tidak nampak.


Kalau ada kesempatan, pergilah....u will get something from them :)


Monday, May 14, 2012

Pernah pada saat itu

Bermula dari tahun 2009 selepas gelaran mahasiswi bukan lagi menjadi status diri. Dengan erti kata lain bila orang lain mula bertanya - "Dah kerja? Kerja kat mana? Buat apa sekarang? dll seangkatan dengannya. Ya...bermula dari tahun 2009. Banyak jenis pekerjaan yang telah aku lakukan, dari pekerjaan yang seboleh-bolehnya aku tak mahu lakukan pun , aku dah cuba. Macam-macam....


Senang cerita hidup masa tu memang upside down, turbulance pun ada kot.hehehe... Down part maybe lebih banyak since I am in the process of learning : how to adapt working environment, workload, life balance and etc. Pernah pada saat itu untuk jadi  Be confident bukan semudah  kata-kata yang dilemparkan... Sukar , amat sukar. Hanya mereka yang pernah mengalami nya tahu rasa itu....Keyakinan diri merudum  tetapi sepantas masa berlalu, diri ini sedikit demi sedikit belajar erti menerima keadaan sedia ada. Redha dan sabar sudah macam sebati dalam diri. Tiada lagi lontaran kata-kata yang tidak senang untuk didengari halwa telinga sesiapa jua. Hati yang sakit sembuh sendiri. I'm survive.

Kini, bila dikenang apa yang berlaku....hati jadi lebih tegar untuk melangkah. Banyak yang dipelajari tanpa sedar. Dengan erti kata lain orang yang tak pernah menghadapinya takkan dapat rasa perasaan itu. Erti sahabat, keluarga , diri, Tuhan hampir kesemuanya terjawap. Percaya atau tidak , makin lama hidup kesukaran hidup itu akan bertambah bersesuaian dengan tahap pengendalian masalah. Allah itu adil, DIA takkan susahkan hambanya dengan sesuatu yang tidak termampu ditanggung oleh hambanya.


Oleh itu.......



Tuesday, May 8, 2012

Menjangkakan sesuatu yang belum pasti....

Selalu sahaja kita menjangkakan sesuatu yang belum pasti...tertanya-tanya pada diri apa yang akan berlaku- Can I survive? Can I make it? Do I have enuf time ? Can some1 help me? 

Perasaan ingin tahu melonjak-lonjak cuba mentafsirkan apa yang akan terjadi....bila menjangkakan pengakhiran yang baik ... hati akan berbunga riang kemudian datang pula kata hati yang memikirkan perkara yang sebaliknya...air muka terus bermuram durja.

 
Menjangkakan sesuatu yang belum pasti....
Ku bersedia menjangkakan dengan persediaan fizikal dan rohani...
Bersedia menerima apa pun kesudahannya...
Namun terkadang aku tewas dengan apa yang diberikan...
Tapi aku masih akan bangkit kerna.....
Mengingati perkara yang menyakitkan hanya mengundang duka dan dendam..........
Dan DIA masih ada sentiasa disisiku...
Thanks ALLAH for dis 2 weeks......





Saturday, May 5, 2012

Mimpi2 aneh yang datang menjengah

Sudah dua tiga hari asyik bermimpi yang bukan-bukan. Mimpikan orang yang sudah lama tak ditemui, mencari2 orang dan lain-lain lagi. Selalunya dalam minggu yang mengejarkan masa, tidur lena tanpa gangguan tapi bila mimpi2 yang aneh ini datang menjengah ternyata hati yang luka memberi impak bukan sahaja pada luaran malahan rohani juga. 


Hampir menangis tatkala membaca kata-kata sahabat yang pernah mengalami situasi yang sama.Sudah dibilang, hanya orang yang pernah mengalami sesuatu peristiwa sahaja yang faham tentang keadaan itu. Masih terus berusaha...InsyaALLAH , Pencipta masih memberikan kekuatan untuk bertahan walaupun fizikal dan mental terasa sesak mencengkam ... 


Friday, May 4, 2012

Hidup kita tak akan sepi........

Hidup kita tak akan sepi daripada UJIAN..

SUSAH itu ujian, SENANG itu juga ujian.
SAKIT itu ujian, SIHAT itu juga ujian.
MISKIN itu ujian, KAYA itu juga ujian.
Hatta keluarga, isteri dan anak-anak juga adalah ujian buat kita.

Adakah sesuatu yang ada pada kita ini BUKAN UJIAN dari ALLAH??
Tidak ada, semuanya UJIAN daripada ALLAH.

Lantas, cukupkanlah kesabaran dalam diri kita.

ALLAH SWT berfirman :

"Hai sekalian orang-orang yang beriman, bersabarlah dan cukupkanlah kesabaran itu." (Ali-Imran : 200 )

Lagi ALLAH SWT berfirman :

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dipenuhi pahala mereka dengan tiada hitungannya kerana terlalu banyaknya ia."( Az-Zumar : 10 )

Thursday, May 3, 2012

Doa dari hati, bukan sekadar di mulut.

Last nite, tengok parking semua penuh...then terdetik dalam hati, pukul brp balik pun still have 1 space 4 me.Ya Allah ,  sayangnya DIA dengan hamba yang sorang ni. Selalu akan spare kan 1 space. A few weeks ago ,  segala urusan dipermudahkan DIA. Semuanya dipermudahkan dari arah yang tak disangka-sangka.

Last day I feel so sad. Sedih sangat hingga air mata berjujuran tak terkawal until now kot.Mata dh bengkak. Maybe , Allah nak bagi rasa perasaan ini or maybe i am the one who is suddenly become so sensitive. Ujian Allah datang dengan cara susah dan senang kan.....
Allah tidak memandang doa yang datang daripada hati yang alpa.Salah satu kealpaan hati yang terjadi ialah apabila doa diungkapkan tanpa mengetahui maknanya (Petikan Buku, Murabbi Cinta).


Doa dari hati, bukan sekadar di mulut. Tanpa berdoa pun sebenarnya Allah mengetahui apa kemahuan kita, cuma apa yang penting, adalah Doa yang dimohon itu untuk merasakan pengabdian dan penyerahan diri kita yang hina dan dina kepadaNya.