Thursday, December 6, 2012

Al-Ardhu Lana

Al-Ardhu Lana Wal Qudsu Lana
Wallahu Biquwwatihi Ma'ana
Wa Jumu'ul Kufri Qad Ijtama'at
Kay Tahzimana Lan Tahzimana
Lan Tahzimana

Wal Aqsa Yantaziru Solahan
Fallahallaha Asyawisana

Hadzal Qur'anu Yu'allimuna
Wa Bidarbil Haqqi Yubassiruna
La Izzata Illa Bijihadin
Qudsiyyin Nahwati Yadfa'una

Ya Muslimu Kabbir Mu'taliqon
Waltahmil Fizzahfil Kafana

Amasajidana Wa Ma'adzinana Wa Mafawizana Wa Mada'inana
La Dam'an La Huznan Wa Asan Sihi Wa Da'nahul Hazana
Ka Hamasuth Thauratu Syamikhatun Kat Toudi Tuqadzdzi Thauratana

Ya Jundal Islami Sallimtum
Antum Ahfadu Muhammadina
Lau Anna Asyawisa Hittinin
Syahidu Af'ala Hijarotina
Lartajala Solahu Wa A'lanaha
Labbaiki Hamasa Warithatana

Terjemahan : Ust Mohammad Bakir
Olahan Semula : Asyraffdini

Bumi Milik Kami, Al-Qudsu Milik Kami
--------------------------------------------------------
Bumi milik kita, Al-Qudsu milik kita
Dan Allah dengan kekuatan-Nya bersama kami
Dan berkumpullah musuh kuffar
Demi memusnahkan kita
Tidak sekali-kali dapat memusnahkan kita.

Dan Aqsa menunggu-nunggu seorang Salahuddin
Maka Allahlah pemimpin kami

Qur'an ini mengajar kami
Dan dengan jalan kebenaran memandu kami
Tiada kemuliaan kecuali dengan berjihad,
Suci dan mulia yang mendorong semangat kita.

Apakah masjid kita, menara azan kita, kampung kita dan bandar kita,
Tiada air mata, tanpa sedih kecewa, tanpa putus asa. Sloganku biarkanlah ia berduka,
Maka sesungguhnya semangat mujahid menggunung, bagaikan bukit menyemarakkan penentangan kami.

Wahai tentera Islam, sejahteralah kamu
Kamu cucu Muhammad kita
Sekiranya pahlawan di Hittin
melihat kesan dari anak-anak batu kami
Akan menggeletarlah sendi-sendi pemimpin Salahuddin
Dan akan mengisytiharkan kami menyahut seruanmu
Hamas pewaris kami.

Lirik : Samirul Qadat
Song by : Shoutul Harakah

Monday, November 26, 2012

Serpihan api

Malik bin Isma’il menceritakan kepada kami, (ia berkata) Zuhair menceritakan kepada kami, (ia berkata) Hisyam menceritakan kepada kami (yang diterima) daripada Urwah (yang berasal) dari ‘Aisyah r.a. (yang diterima) dari Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Demam panas adalah dari serpihan api neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air.”

 (sahih al-Bukhari, no. 3023)


Baru terkena sedikit jer serpihan api neraka, hidup dah tak keruan ....fuh....


Thursday, November 8, 2012

emotional disease

I've learned that HATING is an emotional disease. 

Hati cepatlah sembuh....



Life is like that... u learn along the way - someone




Sunday, November 4, 2012

Siapa kata?

Siapa kata jika kau bekerja di sini kau akan  balik tepat pukul 5?
Siapa kata jika kau bekerja di sini kau tidak perlu bekerja di hujung minggu?
Siapa kata ?
Siapa kata?
Siapa kata?

Hai weekend....it's been a while since we spend our precious time together....
Hai moonlight.... its been a  month i don't talk to u.....


Engkau siapa wahai hati?
Hamba TUHAN atau abdi kehidupan?
-Dr Maza


Wednesday, October 31, 2012

Tuesday, October 23, 2012

Lepaskanlah

Ku jadi tidak tentu arah, entah apa yang ku kuatiri
Sejak terjadi cerita itu. cerita itu
Makan minum ku dh tak terjga
Asyik memikirkan tentang kamu

Mungkinkah benar mengapa ku tidak menyedari
Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah

Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama,
Dalam hidupku oh setiap hari yang kita pasti ada masalah, dengannya
Ku jadi tidak tentu arah, entah apa yang ku kuatiri
Sejak terjadi cerita itu. cerita itu

Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah
Lepasknlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari yang kita pasti ada masalah, dengannya

Thursday, October 18, 2012

If u put HIM ahead...



Allah love u so much n unfortunately i love u too much ...

Alhamdulillah u make me near to HIM ....

Monday, October 15, 2012

It doesn't stop the pain

Oceans apart day after day
And I slowly go insane
I hear your voice on the line
But it doesn't stop the pain



Derita ini bukan idaman tetapi ia sengsara warisan - Dr Maza

Thursday, October 11, 2012

Rasa itu melalui hati

Kembali mengimbau masa-masa yang lalu...hati terasa sayu sekali....
Mengingatkan diri betapa kerdilnya insan bernama manusia...
Dan betapa jahilnya hidup-hidup yang kelmarin...
Terima kasih pada insan2 yang pernah sudi memeriahkan hidup ini ....
Mengajar dan terus memberi pengajaran tentang DIA ....
Alhamdulillah kerana Allah menemukan kalian dengan diri ini...



Fikir itu dengan menggunakan akal
dan rasa itu melalui hati
~ Nur ~





Wednesday, October 10, 2012

Pengorbanan itu bukan sekadar cerita...

Maka insan hendaklah sedar, ketika dia berusaha, dia sebenarnya menunaikan segala perintah yang ditetapkan dan merupakan amal ibadat buatnya di akhirat. Jika dia gagal, bukan bererti ALLAH menzaliminya tetapi dia adalah makhluk yang terpaksa tunduk kepada perjalanan alam yang DIA ciptakan. Kekerdilan insan tidak mungkin membolehkan dia mengatasi segala cabaran alam dengan sekadar usaha semata, maka di situ dia disuruh bertawakal dan berdoa. – Dr Maza

Luruskan niat.......
Di malam hujan begini, Ya Allah teringat pula pengalaman lalu......
Terlalu banyak untuk disyukuri dan masih banyak utk dipelajari.....

Monday, October 1, 2012

Tatkala bebanan itu di bahu sendiri...




Moga Allah permudahkan segala urusanMu..
Moga hati mu masih tetap dijalanNya....
Moga Allah melindungi diri dan keluargamu...
Moga DIA membantu setiap urusanmu.....

Tatkala bebanan itu di bahu mu sendiri.......

Friday, September 28, 2012

Bila kesedihan itu datang menjengah.....

Kesedihan....
Hadirlah jika itu yang kau mahu
Moga jelmamu selalu membangunku
Pilu pada malam syahdu
Untuk kubasahi pipi dengan meratapi
Ya Rabbi ! Kasihi hamba-Mu ini......
-Dr Maza

Bila kesedihan itu datang menjengah.....air mata ini pendamping setia.....sudah puas ditahan masih lagi setia menemani rasa kesedihan yang membelenggu.....

Ya Allah, tabahkan hatinya....ku pohon lindungi lah dia, limpahkanlah rahmatmu utk keluarganya.Bantu lah dia,mengharungi segala apa yang telah ditentukan Mu.Sesungguhnya Engkau yang lebih memahami dan berkuasa atas segalanya.

Wednesday, September 19, 2012

assumption

People love to assume and their assumption depend on their perspective to the individual.
- diendawords

Kebiasaaan manusia ni diorang akan wat andaian untuk setiap apa yang dia dengar, tengok dan apa sahaja yang diaorang nak tau.  Dan setiap andaian yang manusia wat ni bergantung pada tahap mood dia dan perception diorang. Contoh mudah :-

"Minah sakit hari ini , masuk hospital."

Orang yang baik dengan minah : Kesian si minah , sakit sampai masuk spital.
Orang yang menjadi musuh tegar si minah : Padan muka si Minah tu,tu lah dulu selalu...bla...bla....bla...bla....dan bla bla lagi.


Lagi contoh mudah , bila ada kawan -kawan letak status kat laman sosial mulalah 1001 macam andaian yang dibuat. Gaduh ngan bf /husband , happy nya lah family diorang ni, sedih sangat bunyi ni kena buang kerja kot dan macam2 lagi .....


Kenyataannya selalu tak sama dengan andaian.....

Contoh lagi kalau suka sangat wat andaian .....hehehhehe

Friday, September 7, 2012

lepaskan segalanya.......



jalan pikiranmu buatku ragu 
tak mungkin ini tetap bertahan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
lepaskan segalanya.......


Thursday, September 6, 2012

Facing the reality


" terus melangkah melupakanmu,
 lelah hati perhatikan sikapmu......."

Monday, September 3, 2012

Bila memang harapan itu tidak pernah ada.........



" Engkau bukanlah segalaku
bukan tempat tuk hentikan langkahku,  
usai sudah semua berlalu ,
biar hujan menghapus jejakmu "
 
 

Monday, August 27, 2012

Kegelapan

Bila rumah kesunyian kembali, makin rindu pada ramadhan yang telah berlalu pergi...
Rindu pada malam2 yang dipenuhi dengan temujanji bersama DIA...
Rindu pada suara-suara yang penuh keilkhlasan memberikan kesedaran pada hamba2 yang leka....
Rindu melihat anak2 yang riang gumbira berjumpa rakan2 tatkala ibu bapa sbuk dengan "urusan"
masing2....

Antara kenangan yang best bulan Ramadhan yang lalu, bila bertarawikh di Masjid Kuning Batu 10, suasana  dah macam suasana kampung......seronok ...rasa tenang sangat.... Dan masa surau al-falah black out kerana pendawaian elektrik disambar petir.....Merasa solat berjamaah dalam kesamaran lilin......feeling lebey lah kan......

Semalam dapat berita yang salah seorang rakan seuniversiti meninggal dunia dalam kemalangan. Inna lillahi wa inna ILAYHI raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون).  Teringat kepada text arwah semasa kehilangan ayah dulu, sangat meaningful smpai sekarang pun ingat apa yang dia tulis.Sangat2 nak pergi ziarah majlis pengkebumiaan arwah semalam tapi tanya ramai orang , satu pun tak reply her closed friend no. Rumah bapa arwah dekat je dengan rumah lebih kurang 20minit.  Rasa ralat sangat, andainya boleh melawat arwah untuk kali terakhir dan solatkan untuk dia...Allah lebih mengetahui...Moga kehilangan arwah memberikan peringatan untuk semua yang masih hidup di dunia dan semoga rohnya dicucuri rahmatNya sentiasa...







nota kaki:-

Dalam Islam, Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون) ialah sebahagian dari ayat Al-Quran, dari Surah Al-Baqarah, Ayat 156. Yang bermaksud:

"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Automatically ble kte terdengar pasal kematian mulut akan pantas menyebutnya.
Biasanya diterjemahkan "Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada Allah jualah kita kembali."

Sebenarnya bukan ble terdengar psl kematian je, bile kte ditimpa sesuatu dugaan kte mmg kene sebut ayat ini. Bermakna bile ditimpa dugaan, kepada Allah SWT kte kene kembali. Mengadu kepadaNya, hanya kepadaNya.

Apa yang kte tak sedar?
Kebanyakannya salah sebut..
Ramai yang sebut ceni..

"INNA LILLAHI WA INNA LILLAHI ROJI'UN"

*Kadang-kadang bile tonton drama ke, movie ke, pelakon2nye sebut tak betul. Taknklah sebutkan nama-nama pelakon tu*

Salah dah tu maknanye..tah pe maknenye tak brani pulak aku nak pandai2 terjemahkan.

Jadi belajarlah sebut betul-betul..

Inna lillahi wa inna ILAYHI raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون)

Thursday, August 23, 2012

Bukan satu pilihan

Semua orang pasti pernah terjatuh ...jatuh tangga, jatuh sebab pakai kasut tumit tinggi, terjatuh sebab tersepak batu, terjatuh sebab tak nampak lubang di tengh jalan dan macam2 lagi adengan kejatuhanan yang rasanya tidak perlu diceritakan di sini.


Apa yang orang jatuh ni selalu buat?

Dah tentulah diorang akan bangun semula ya tak? takkan lah nak duk lama2... Kalau ada ramai orang di situ, cepat2 bangun sebab nak cover malu n kalau kat tengah jalan raya cepat2 bangun kang ada pula lori kontena lalu kena gelek free jer pulak.

Bangun semula ...
Bukan satu pilihan......


Semua orang akan bangun semula tetapi dengan tahap yang berbeza2 mengikut kemampuan tetapi yang pasti semua orang akan bangun semula.

Take time....u can do it !

"I have not failed. I've just found 10,000 ways that won't work." - Thomas Edison




Wednesday, August 15, 2012

Impossible to ignore

 
 
all my life
Is changing every day
In every possible way

In all my dreams
It's never quite as it seems
Never quite as it seems

I know I've felt like this before
But now I'm feeling it even more
Because it came from you

Then I open up and see
The person falling here is me
A different way to be

I warn more
Impossible to ignore
Impossible to ignore

They'll come true
Impossible not to do
Impossible not to do

Now I tell you openly
You have my heart so don't hurt me
You're what I couldn't find

Totally amazing mind
So understanding and so kind
You're everything to me

All my life
Is changing every day
In every possible way

And oh my dreams
It's never quite as it seems
Cause you're a dream to me
Dream to me
 
 

Tuesday, August 14, 2012

Merajuk yang tidak dipujuk

Tinggal 4 hari lagi...... cukupkah apa yang telah dilakukan sepanjang 25 hari yang lalu termasuk hari ini.
Semalam tazkirah dr Ust Fadzli aka Adli memang sangat menarek. Walaupun tazkirah pendek dlm masa 40-45 minit namun banyak cerita sahabat2 Nabi yang diperdengarkan dan banyak  juga persoalan tegas yang dilontarkan. Antaranya:-


  • Sewaktu bulan ramadhan ini pernah ke kita menangis mendoakan ibu bapa, anak2 , ahli keluarga kita agar mereka di masukkan ke dalam syurga?
  • Pernah kah kita mengalirkan air mata menangisi kesilapan besar dan kecil yang berterusan kita lakukan.
  • Dosa yang kita lakukan akan dipertggjwbkan kepada ibu bapa.....Sanggupkah kita menempah tiket neraka untuk mereka...
  • Ada jaminankan kita akan berakhir di dunia ini dengan pengakhiran yang baik.

Friday, August 10, 2012

Bersyukur dengan apa yang kita ada

 
 
The best iklan ever...Sometimes we 4got how grateful we r, byk sgt nikmat Allah bagi smpai tlalu leka dgn dunia. Cukup sifat , lahir dalam Islam, kadang2 Allah bagi sedikit ujian untuk peringatan...have u asked urself??? 

 APA LAGI YANG KAMU MAHU ????


Samb:-

Petang sewaktu naik LRT perasaan marah tiba2 menerjah tatkala ada seorang pakcik yang cacat penglihatannya tidak diberikan tempat duduk di dalam tren oleh seorang pemuda muda.Penat sangat gamaknya mamat tu , kerja kontrak la kot. ( yalah sgt, xde rupa lgsg) Dah siap suh bg pcik tu duduk pun dia wat2 pejam mata...Seb baik bulan ramdhan , kalau tak ingin sahaja ...argh.... sudahlah.... dah akhirnya yang memberikan tempat duduk kat pakcik itu adalah seorang auntie berbangsa singh yang umurnya dlm linkungan 50an anggaran ku... Dahsyatnya manusia sekarang nilai2 murni kecik camni pun xbley nk implement. Moga diberi hidayahlahkan mamat tu....

 But the best part masa aku duk asik memerhatikan pakcik itu, dia mengukir senyuman dan kelihatan dia sangat bahagia dengan apa yang dilaluinya hari tu....Ya Allah tatkala tu aku cuba meletakkan diri aku , mampukah aku turut mengukir senyuman dengan keadaan sebegitu. Sepanjang pakcik tu berjalan tadi sering sahaja dia melanggar dan dilanggar orang lain...ce bayangkan kalau orang langgar kita sikit masa kita penat baru balik kerja + nak cepat smpai rumah.sedikit sebanyak mesti ada rsa marah ye x? tapi pakcik tu sgt nampak bahagia.....Ya Allah moga pakcik itu diberikan kehidupan yang terbaik untuknya di dunia dan akhirat dan semoga segala urusannya akan dipermudahkan....amin ~~~~

Alhamdulillah diberi sedikit kesempatan ini ya Allah ~


Thursday, August 9, 2012

u never noe~


"Orang muslim yang mendoakan temannya secara diam-diam, akan disambut malaikat dengan berkata: SEMOGA UNTUKMU JUGA." 
-HR. Muslim


Friday, August 3, 2012

How ur ramadhan 1433H?

Ramadhan 1433H semakin berlalu......14 hari sudah kita berpuasa...Dah memaksimumkan sebanyak mungkin ibadah yang telah dilakukan ? Let's perform...masih ada masa lagi ini :)




"Dan sesungguhnya Kami (Allah) akan isikan neraka Jahanam itu sebahagian daripada golongan jin dan manusia, mereka itu mempunyai hati, tetapi tidak mahu memahami ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihat tanda kekuasaan Allah. Mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mahu mendengar (ayat dan suruhan Allah). Mereka itu tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai." 

(Surah al-A'raf, ayat 179)

Friday, July 27, 2012

Hadiah dari Allah

Sempat menonton Nasi Lemak Kopi O TV9 siaran Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre. Tajuk hari ni pasal Hadiah dari Allah. Sesiapa yang berkesempatan bolehlah tengok kul 9 pagi setiap jumaat sepanjang ramadhan :)



Alhamdulillah ya Allah....For every single thing that u lent to me.....





Wednesday, July 25, 2012

What goes around comes around



Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana),
maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan
(dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa),
dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

As - shura : ayat 30




Sunday, July 22, 2012

Menghargai......


18 Julai yang lalu genap setahun umur ku disini....Alhamdulillah~~~
Tak sedar pantas benar masa berlalu...Setiap hari rasa masa terasa semakin pendek jer.....

Sampai hampir terlupa bagaimana dulu aku sering meminta padaNya, agar diaturkan perjalanan yg terbaik untuk diri ini.... Ku akui - Aku manusia yang lemah, yang sering terlupa .....

Menghargai......

Ya ! Sangat !

Kerna tempoh yang lama dan apa yang diharapkan hampir sering dimakbulkan dia....Now I can see clearly, hikmah disebalik semuanya....Semuanya.....Dan di saat ini.....masih mengharap agar diberi kesempatan untuk diberi ruang - Moga Ramadhan kali ini, lebih baik dari sebelumnya.......

Tuesday, July 17, 2012

Misconceptual about Ramadhan

This month memang sedikit kelam + kabut, semua benda diorg nak settle kan before this becoming ramadhan...Macam lah bulan puasa nanti tak payah datang kerja or datang kerja just lepak2 goyang kaki. x pun menghilang dari workstation......

Jadi kenapa diorg nak settle kan semua benda sebelum bulan puasa bermula...
Sebab ramai orang yang salah faham tentang kedatangan bulan Ramadhan ini...
Mindset ramai orang kata bila puasa , badan letih, mata mengantuk ...tak cukup tenaga.....tak boleh makan2 after meeting.....air liur tak keluar bila bercakap...(hehehehe.....ni saje2 tambah)

Sebelum ini, aku pernah bekerja kat tempat yang dikelilingi oleh  non-muslim...Ada 2 orang sahaja pekerja melayu tu pun include aku lah melayu tu... mula2 aku pun mmg ada mindset camni...letey lah...bley ke nak pose ni....yada yada n yada lagi....but then ada satu peristiwa yang wat aku tersentap yang amat which masa aku sembang2 ngan seorang amah indon ni....pekerja rencam macam dia sememangnya menuntut kudrat fizikal yang lebih20x banyak ....tapi dia tak komplain malahan dia cakap kat aku:-

Mula2 memang tak biasa, lama2 oklah .... (lebih kurang cenggini lah ayatnya)

Jawapan dia wat aku jadi malu bukan sahaja dengan dia malahan dengan diri sendiri....

After the incident.....mindset aku psl puasa pun berubah....
The reality is memang sgt letey keja kat situ....bulan pose yg penuh cabaran sepanjang hidup aku....
Ya lah dikelilingi org yang tak faham dan tak mahu faham...Semua benda nk wat dlm bulan puasa or they juz purposely nk aku terbuka pose kot....ishk....iskh...husnuzon ...bersangka baik...diorg tak tau....
tapi sebab sibuk sangat dengan kerja dan masa sgt limited , im using my time wisely.....mmg KPI untuk bulan ramadhan masa tu tercapai compared dengan last year....

So this year shud be better than last n previous year isnt ????

3hari lagi.....



Monday, July 2, 2012

All return to urself.....


"Jika kamu melakukan kebaikan, maka kebaikan itu utk dirimu, begitu juga jika kamu melakukan kejahatan (kejahatan itu berbalik kpd dirimu jua)........." - (Al Isra: ayat 7)

All return to urself.....wisely decide ^_^

Friday, June 22, 2012

Tanyakan pada hatimu


Rasulullah SAW bersabda:

“Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu.”

-HR Imam Ahmad


Jika sewaktu membuat dosa , hati kamu tidak berasa gundah lagi....Saat itu percayalah jarak kamu dan DIA amat jauh sekali.:(

Percayalah kepada sang rasa

Percaya tak kalau kita dah memang ditakdirkan untuk seseorang, kita pasti takkan dapat menjauhi takdir itu dengan apa cara sekalipun. Bercinta selama mana pun dengan orang lain, pasti akan putus. Kalau ada orang masuk meminang pun pasti ada halangan dan tak tercapai. Even, kalau kita cuba nak jauhkan diri dari dia pun pasti takkan ke mana.

Takdir tu kuasa Allah. Dalam pengetahuan Allah. Dan kita hanya akan tahu bila Allah mengizinkannya. Doa dan terus berdoa selagi mana kita belum tahu ditakdirkan untuk siapa.. (^_^) - FB Aku Islam





Friday, June 8, 2012

Hari terakhir bekerja minggu ini....

Hari terakhir bekerja minggu ini....


"Of course everybody has bad moment. But do we have to forget all the good moments for it?"

Thursday, June 7, 2012

kiasu

Selalu aku dengar orang sebut kiasu...kiasu...aku hanya mengiyakannya sedangkan maksud sebenar pun aku tak tau apa kebendanya kiasu tu. Ya aku mengaku lah aku ni mmg spesis ketinggalan isu2 semasa selalunya...
Apakah maksud kiasu? ultrakiasu?

Kiasu bermaksud 'ketakutan terhadap kehilangan'.Ia berasal dari perkataan Hokkien.Jika kiasu sudah melambangkan sesuatu yang ekstrem,maka apa akan jadi jika kita letakkan perkataan 'Ultrakiasu'?
Contoh, ada dua orang budak A dan B sedang duduk bersila di hadapan sepinggan nasi.A dan B tahu mereka perlu berkongsi sepinggan nasi itu untuk menghilangkan lapar.Mula-mula mereka makan bersama-sama dengan harmoni dan teratur.Namun lama-kelamaan si A memikirkan bahawa B terlampau cepat makan nasi dan merasakan nasi semakin berkurangan gara-gara B.Dia merasa 'takut kalau-kalau masih lapar' walaupun selesai makan.Akibatnya si A telah bertindak agresif'merampas pinggan nasi itu dan menikmatinya sendirian.Dalam kes ini,si A telah mengalami sindrom KIASU.Si A bukan tamak pada mulanya.Dia merampas pinggan itu bukan atas dasar tamak haloba,tetapi RASA TAKUT DAN TERANCAM.


Manusia bila rasa terancam secara psikologinya dia akan cenderung bertindak agresif.Dalam konteks Malaysia,sepatutnya orang Melayu atau pribumi lain yang ada perasaan kiasu ini,NAMUN ANEHNYA IA TERJADI SEBALIKNYA.Maka MC dan DAP adalah contoh Ultrakiasu.Orang Melayu jarang dikaitkan dengan kiasu kerana mereka BERADA DALAM ZON SELESA.Mereka tahu Malaysia adalah tanahair mereka dan mereka adalah penduduk asal Malaysia.Ini perkara asas yang telah ada sejak kanak-kanak lagi.Orang yang dijangkiti 'KIASU' adalah orang yang merasa tergugat WALAUPUN DIA TELAH PUNYA SEGALA-GALANYA.Walaupun dia telah mencapai tahap raja sekalipun,jika masih dibayangi penyakit kiasu ini,maka pengemis miskin di tepi jalan pun akan ditangkap dan dipenjarakan kerana takut kalau-kalau si pengemis itu berupaya suatu hari nanti akan merampas kerajaannya.INGAT,ULTRAKIASU TIADA TOLAK ANSUR.Sekali dia pegang kuasa,jangan harap dia mahu lepaskannya.Sebab apa?SEBAB PENYAKIT KIASU..

Monday, June 4, 2012

Lelaki dan perempuan yang ....


Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (al-Ahzab : ayat 35)

Buku2x....



Sangat suka dis type of books! Colorful  ^^


Thursday, May 31, 2012

Jatuh - Bangun

Jatuh sudah,
Bangun pun sudah.

Mencuba sudah,
Mengalah pun sudah.

Beralah sudah,
Dikalahkan pun sudah.




Moga masih mampu berdiri teguh di jalan ini.........

Monday, May 21, 2012

Rasa ada yang tak kena

"Sometimes, what happened for us in the past affect who we are today." 
- Desperate Housewives (TV Series)

Semalam entah kenapa tiba-tiba rasa ada yang tak kena / rasa sesuatu yang buruk bakal berlaku. Instinct kuat sangat menyatakan tidak dan jangan. Pagi ni bangun rasa tu dah berkurangan tapi sebab duk teringat hal semalam terus tak jadi buat what im suppose to do dis morning. Alhamdulillah, walaupun pagi ni bangun dengan perasaan cam tak berapa best nak pergi kerja (hari Isnin biasalah kan) tapi berjaya juga pujuk hati ni jadi tenang and be positive.


Layan FB pagi tadi jumpa gambar ni....


                                     Memang betul....bila mulakan hari dengan ketenangan , hari jadi lebih ceria ^^

.: Doa keluar rumah :.




"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".




Friday, May 18, 2012

Kalau ada kesempatan, pergilah....

Berkesempatan melawat dua orang pesakit di HUKM kelmarin.

Hospital! 

Tempat menarek untuk mengingatkan diri. Setiap kali menjengah ke sana pasti akan timbul kesedaran diri. Kalau tak banyak, sikit mesti ada. Suasana di sana sudah cukup menggamit hati. Melihat pesakit lagilahkan? 


Saidina Umar bin al-Khattab berkata: 

Hadirlah di tempat orang yang hampir mati dan ingatkanlah mereka akan kalimah Lailahaillallah kerana mereka nampak apa-apa yang kamu tidak nampak.


Kalau ada kesempatan, pergilah....u will get something from them :)


Monday, May 14, 2012

Pernah pada saat itu

Bermula dari tahun 2009 selepas gelaran mahasiswi bukan lagi menjadi status diri. Dengan erti kata lain bila orang lain mula bertanya - "Dah kerja? Kerja kat mana? Buat apa sekarang? dll seangkatan dengannya. Ya...bermula dari tahun 2009. Banyak jenis pekerjaan yang telah aku lakukan, dari pekerjaan yang seboleh-bolehnya aku tak mahu lakukan pun , aku dah cuba. Macam-macam....


Senang cerita hidup masa tu memang upside down, turbulance pun ada kot.hehehe... Down part maybe lebih banyak since I am in the process of learning : how to adapt working environment, workload, life balance and etc. Pernah pada saat itu untuk jadi  Be confident bukan semudah  kata-kata yang dilemparkan... Sukar , amat sukar. Hanya mereka yang pernah mengalami nya tahu rasa itu....Keyakinan diri merudum  tetapi sepantas masa berlalu, diri ini sedikit demi sedikit belajar erti menerima keadaan sedia ada. Redha dan sabar sudah macam sebati dalam diri. Tiada lagi lontaran kata-kata yang tidak senang untuk didengari halwa telinga sesiapa jua. Hati yang sakit sembuh sendiri. I'm survive.

Kini, bila dikenang apa yang berlaku....hati jadi lebih tegar untuk melangkah. Banyak yang dipelajari tanpa sedar. Dengan erti kata lain orang yang tak pernah menghadapinya takkan dapat rasa perasaan itu. Erti sahabat, keluarga , diri, Tuhan hampir kesemuanya terjawap. Percaya atau tidak , makin lama hidup kesukaran hidup itu akan bertambah bersesuaian dengan tahap pengendalian masalah. Allah itu adil, DIA takkan susahkan hambanya dengan sesuatu yang tidak termampu ditanggung oleh hambanya.


Oleh itu.......



Tuesday, May 8, 2012

Menjangkakan sesuatu yang belum pasti....

Selalu sahaja kita menjangkakan sesuatu yang belum pasti...tertanya-tanya pada diri apa yang akan berlaku- Can I survive? Can I make it? Do I have enuf time ? Can some1 help me? 

Perasaan ingin tahu melonjak-lonjak cuba mentafsirkan apa yang akan terjadi....bila menjangkakan pengakhiran yang baik ... hati akan berbunga riang kemudian datang pula kata hati yang memikirkan perkara yang sebaliknya...air muka terus bermuram durja.

 
Menjangkakan sesuatu yang belum pasti....
Ku bersedia menjangkakan dengan persediaan fizikal dan rohani...
Bersedia menerima apa pun kesudahannya...
Namun terkadang aku tewas dengan apa yang diberikan...
Tapi aku masih akan bangkit kerna.....
Mengingati perkara yang menyakitkan hanya mengundang duka dan dendam..........
Dan DIA masih ada sentiasa disisiku...
Thanks ALLAH for dis 2 weeks......





Saturday, May 5, 2012

Mimpi2 aneh yang datang menjengah

Sudah dua tiga hari asyik bermimpi yang bukan-bukan. Mimpikan orang yang sudah lama tak ditemui, mencari2 orang dan lain-lain lagi. Selalunya dalam minggu yang mengejarkan masa, tidur lena tanpa gangguan tapi bila mimpi2 yang aneh ini datang menjengah ternyata hati yang luka memberi impak bukan sahaja pada luaran malahan rohani juga. 


Hampir menangis tatkala membaca kata-kata sahabat yang pernah mengalami situasi yang sama.Sudah dibilang, hanya orang yang pernah mengalami sesuatu peristiwa sahaja yang faham tentang keadaan itu. Masih terus berusaha...InsyaALLAH , Pencipta masih memberikan kekuatan untuk bertahan walaupun fizikal dan mental terasa sesak mencengkam ... 


Friday, May 4, 2012

Hidup kita tak akan sepi........

Hidup kita tak akan sepi daripada UJIAN..

SUSAH itu ujian, SENANG itu juga ujian.
SAKIT itu ujian, SIHAT itu juga ujian.
MISKIN itu ujian, KAYA itu juga ujian.
Hatta keluarga, isteri dan anak-anak juga adalah ujian buat kita.

Adakah sesuatu yang ada pada kita ini BUKAN UJIAN dari ALLAH??
Tidak ada, semuanya UJIAN daripada ALLAH.

Lantas, cukupkanlah kesabaran dalam diri kita.

ALLAH SWT berfirman :

"Hai sekalian orang-orang yang beriman, bersabarlah dan cukupkanlah kesabaran itu." (Ali-Imran : 200 )

Lagi ALLAH SWT berfirman :

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dipenuhi pahala mereka dengan tiada hitungannya kerana terlalu banyaknya ia."( Az-Zumar : 10 )

Thursday, May 3, 2012

Doa dari hati, bukan sekadar di mulut.

Last nite, tengok parking semua penuh...then terdetik dalam hati, pukul brp balik pun still have 1 space 4 me.Ya Allah ,  sayangnya DIA dengan hamba yang sorang ni. Selalu akan spare kan 1 space. A few weeks ago ,  segala urusan dipermudahkan DIA. Semuanya dipermudahkan dari arah yang tak disangka-sangka.

Last day I feel so sad. Sedih sangat hingga air mata berjujuran tak terkawal until now kot.Mata dh bengkak. Maybe , Allah nak bagi rasa perasaan ini or maybe i am the one who is suddenly become so sensitive. Ujian Allah datang dengan cara susah dan senang kan.....
Allah tidak memandang doa yang datang daripada hati yang alpa.Salah satu kealpaan hati yang terjadi ialah apabila doa diungkapkan tanpa mengetahui maknanya (Petikan Buku, Murabbi Cinta).


Doa dari hati, bukan sekadar di mulut. Tanpa berdoa pun sebenarnya Allah mengetahui apa kemahuan kita, cuma apa yang penting, adalah Doa yang dimohon itu untuk merasakan pengabdian dan penyerahan diri kita yang hina dan dina kepadaNya.

Wednesday, April 25, 2012

Pray is better than wish~~~


If I'm lucky enuf, early in the morning i will see one old man cycling old bicycle in the middle of hectic road. And again if I'm going back around 5++ , I would see the same old man cycling the same bicycle (to go back home i think). There's one time, i c dis old man cycling during the raining day. Ya....dat time i would not complain abt the bad traffic jam but feel so lucky i am on my position.

 Have u ever wonder how lucky u r sitting on ur position rite now?
 
 I’m grateful Allah let me watch this scene.

Alhamdulillah ...walaupun dua minggu yang lalu menuntut komitmen kerja yang tinggi, semua yang dirancang berjalan dengan hampir sempurna. Thanks Allah, YOU have cater all my needs. It's kind of miracle since YOU send me 1 by 1 helper   from a to z.


Don't have a word to describe how bless i am..


Tuesday, April 10, 2012

Kita berhak bermimpi.....

A good life is when you:-
1) assume nothing,
2)do more,
3)smile often,
4)dream big,
5)laugh a lot,

& realize how blessed you are.





Tiada yang sempurna di dunia
Terjatuh panjatlah semula
Tetapi apa gunanya
Jika tiada akhirnya

Ucaplah seindah indahnya
Tapi kelak akan berubah
Nampak ke arah bahagia
Itu semua di dunia

Aku berhak tuk bermimpi
Mahu kau sertai sekali

Korus
Mana oh mana perginya cinta
Masih kau ingatkah
Saat-saat indah
Mana oh mana perginya rasa
Tuk bermesra dan bicara
Katakanlah mimpi ku kau dan aku
Ubah demi masa

Lama tak ku terbuka
Lelah lidah ku berkata
Apakah ini hakikatnya
Di pengakhiran cerita

Kita berhak tuk bermimpi
Mahu kau sertai sekali


Nyatakan mimpiku
Ubah demi masa

Pagi2x lagi cam2 happen.....chill awie.....its just a piece of life which not affect the mainframe of d whole life picture~~~~~~~~



Monday, April 9, 2012

Even if that means........


You will know that you love someone when you want them to be happy.
Even if that means you're not a part of their happiness.


Wednesday, April 4, 2012

how good u wanna be~~

Alhamdulillah....

Last weekend menghabiskan masa bersama family di kampung. Rasanya ini kali pertama untuk tahun ni balik ke Sungkai. Penat tapi rasa sangat released.Thanks Allah I feel d bless~~~

First time attend Ceramah Ustaz Don, its been a while tak pergi majlis2x ilmu macam ni. Menarek, wat he's deliver masuk hati...hopefully akan selalu dapat menghadirkan diri ke dalam majlis2 ilmu macam ni....(insaf mode trus ON)

One probs settle down.Now I can move on.....Sukar, masih teringat but Allah still there beside Me. ^^


Monday, April 2, 2012

hav faith in HIM ~_~


Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.
(An-Nisaa' 4:28)


Thursday, March 22, 2012

this video is super cute



this video is super cute ~~~

1don’t know but
I think I maybe
Fallin’ for you

Dropping so quickly
Maybe I should
Keep this to myself
Waiting ’til I

Know you better
I am trying
Not to tell you
But I want to
I’m scared of what you’ll say
So I’m hiding what I’m feeling
But I’m tired of

Holding this inside my head
I’ve been spending all my time
Just thinking about ya
I don’t know what to do
I think I’m fallin’ for you

I’ve been waiting all my life
And now I found ya
I don’t know what to do
I think I’m fallin’ for you
I’m fallin’ for you

As I’m standing here
And you hold my hand
Pull me towards you
And we start to dance
All around us
I see nobody

Here in silence
It’s just you and me
I’m trying
Not to tell you
But I want to

I’m scared of what you’ll say
So I’m hiding what I’m feeling
But I’m tired of
Holding this inside my head
I’ve been spending all my time
Just thinking about ya

I don’t know what to do
I think I’m fallin’ for you
I’ve been waiting all my life
And now I found ya

I don’t know what to do
I think I’m fallin’ for you
I’m fallin’ for you
Oh I just can’t take it
My heart is racing

The emotions keep spinning out
I’ve been spending all my time
Just thinking about ya
I don’t know what to do
I think I’m fallin’ for you

I’ve been waiting all my life
And now I found ya
I don’t know what to do
I think I’m fallin’ for you
I’m fallin’ for you

I can’t stop thinking about it
I want you all around me
And now I just can’t hide it
I think I’m fallin’ for you (x2)

I’m fallin’ for you
Ooohhh
Oh no no
Oooooohhh
Oh I’m fallin’ for you

Tuesday, March 20, 2012

D hardest person....


Nice article for begin my day.....

Zina Ku Bermula Di Facebook

If bukan fb pun byk lagi komponen lain yg mampu melalaikan...

Im x perfect n seeking 4 perfection but i want to be a better muslim....


Monday, March 19, 2012

Lepaskan ia pergi....

Jangan pernah TAKUT melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki.....
Kebergantungan pada DIA penting....
Walau apa pun orang lain kata....
End up you by ur own have to deal wif ur decision.....
So play safe, sentiasa jadikan DIA sebagai teman kerana DIA tak kan pernah meninggalkan kamu....

Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
(H.R. Muslim)

Tuesday, March 13, 2012

the answer


Alhamdulillah , already have the answer. Hopefully, it is the best way. Jiwa jadi tenang ~~~~~~~~

Monday, March 12, 2012