Wednesday, July 27, 2011

Berpusing.

Semalam, keluar dengan my sis in law...pergi beli barang-barang dapur dan cuci mata ^^.... Balik rumah dalam pukul 10.10pm. Tengok rumah dah gelap-gelita. Sebelum pergi tadi mak dah beritahu dia letih hari ini. Nak masuk rumah , takde kunci. Panggil mak, ketuk pintu , telefon no.rumah yang bunyi super kuat boleh dengar dari luar rumah lagi..Telefon beberapa kali sambil ketuk pintu dan panggil2 mak tanpa henti selama lebih kurang 10 minit...Call my bro suh dia balik cepat sikit sebab dia bawa kunci rumah. Dalam hati memang rasa tak best dan bersalah sebab tinggalkan mak sorang-sorang kat rumah. Kepala fikir macam2 sebab last two weeks my neighbour pengsan sbb tekanan darah naik. Siap called ambulans sbb dia x leh jalan langsung. Jadi sangat risau sebab selalunya panggil sekejap je, mak dah bangun. My bro smpai buka pintu...trus masuk rumah tggl bebrg kat luar, masuk pintu bilik ---> buka lampu ---> hug my mum ---> sgt lega sbb mak dalam keadaan separuh sedar tanya bila balik. Fuh....sangat dan teramat lega. Ini adalah pinjaman /anugerah Allah yang paling besar dalam hidup ini. Hanya orang yang berada di dalam situasi diri ini sahaja yang faham. For person who still have both parent, they do not know these feelings.......


For a person who in the same boat with me...Be strong, stay healthy and give your best effort to make your mother happy...:)

Tuesday, July 26, 2011

Bila Diri Di Sayangi

Terdengar bisikan mesra

Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan kujemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir

(Korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..

(ulang korus)

keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..

Tajuk/Lirik Lagu: Bila Diri Di Sayangi
Penyanyi: Ukays

Perasaan tak lagu ini sebenarnya menceritakan hubungan manusia dengan Tuhan....

Monday, July 25, 2011

Dia datang lagi.....

Alhamdulillah, tepat 7 hari lagi insyaAllah kita akan menyambut bulan penuh keberkatan, rahmat dan ketenangan. Ramadhan is coming again! So excited. Mari bersihkan hati yang dipenuhi segala macam debu kekotoran yang dah nak jadi macam isi dalam hati.


Wednesday, July 13, 2011

it takes time...

Alhamdulillah, sudah 25 tahun dan hampir 26 tahun menikmati segala nikmat kurniaan Allah di muka bumi ini. Terasa sebentar benar masa berlalu...dulu-dulu sibuk bermain , kemudian belajar dan sekarang masih sibuk lagi. Masa sentiasa akan terisi walaupun kita tak cuba untuk mengisinya.I see a lot of people change, maybe because of the environment, culture or wealth. Tak pasti yang mana satu penyebabnya. Namun yang pasti, mereka makin mencintai dunia yang sementara ini. Looking at them, I try to reflect myself. If I am in their position, might be akan jadi langsung tak sedar dirikan? Adat manusia tatkala kesenangan melanda, sering terlupa tujuan hidup yang utama (reminder 4 myself).



Ya Allah jangan biarkan hambamu ini terleka walau sedetik cuma. Moga setiap saat yang telah berlaku mampu membimbing hambaMu menyusuri detik2 yang bakal berlalu.

-amin-

Friday, July 1, 2011

Dalam sebuah riwayat

Dalam sebuah riwayat ada menceritakan, suatu hari Nabi Musa telah mengalami sakit perut yang sangat teruk. Baginda kemudian berdoa kepada Allah agar diberikan ubat yang boleh menyembuhkan sakitnya.Allah memerintahkan baginda memakan sejenis rumput-rampai di daerah itu.Lalu dengan membaca 'Bismillah', Nabi Musa memakan rumput itu.

Dengan izin Allah juga, sakit perut Nabi Musa hilang serta-merta.Namun beberapa hari berikutnya, baginda kembali diserang sakit yang sama.Tanpa berfikir panjang, baginda terus memakan rumput ubat yang dimakannya sebelum ini.Malangnya kali ini, sakitnya tidak beransur baik, malah bertambah sakit.

Lalu Nabi Musa berdoa kepada Allah, bertanya mengapa perkara itu berlaku.

Allah menjawab pertanyaan baginda dengan firman yang bermaksud:

"Pada hari pertama kau memakan ubat itu, kau berdoa kepada-Ku, maka Aku kabulkan doamu dan Aku sembuhkan penyakitmu. Tetapi, pada hari ini kamu sakit dan kamu memakan ubat itu dan tidak berdoa pada-Ku. Maka, Aku tidak menyembuhkan penyakitmu, kerana Akulah penyembuh segala penyakit."

Source:http://ulatlabah.blogspot.com/2010/12/ubat.html


^^Allah adalah sebaik-baik sandaran ^^