Monday, September 6, 2010

cepatnya

Sedar tak sedar dah nak sampai ke penghujung bulan ramadhan > Dalam hati ada sedikit rasa kekesalan. Banyak sangat nak buat sampai tak terbuat dan akhirnya memang tak buat. Ramadhan kali ini memang banyak betul dugaannya terutama ketahanan fisikal.. Alhamdulillah , semuanya dh berlalu.. Mengharap semua amalan diterima dan konsistensasi dalam beramal akan bersambung di bulan2 yang lain.



Hopefully, hati ada bersih sedikit dari sebelumnya................:D

Thursday, September 2, 2010

cuti satu Malaysia

Punyalah ketinggalan zaman , rupa-rupanya ada cuti satu Malaysia..Tak pernah tahu pun..maaf saya bkn warga negara Malaysia yang baik.

Memang kasihan betul tgk kanak2 terbiar yang parent tak ambil kisah apa yang diorg nak buat. Kalau anak orang kaya tu, at least keperluan dan kehendak material dptlah dipenuhi. Ini kalu dah x berapa nak kaya.Kasihannya dgn anak2 mereka...

PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU
Drpd Abu Hurairah ra katanya: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, Umat ku akan ditimpa penyakit2 yg pernah menimpa umat2 dahulu. Sahabat bertanya, Apakah penyakit2 umat2 dahulu itu? Nabi saw menjawab, Penyakit2 itu ialah: 1) terlalu banyak seronok,
(2) terlalu mewah
(3) menghimpunkan harta sebanyak mungkin,
(4) tipu menipu dlm merebut harta benda dunia,
(5) saling memarahi
(6) hasud menghasud sehingga jadi zalim menzalim.
- H.R Hakim

KETERANGAN:
Penyakit2 yg disebutkan oleh Rasulullah saw tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin dihari ini. Disana sini melihat penyakit ini merebak & menjalar dlm masyarakat dgn ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani itulah mereka terpaksa mencari & menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara & tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak & yg wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasut-menghasud & sebaginya.

(sumber:http://halaqah.net/v10/index.php?topic=11789.new;topicseen )

Anak itu harta yg paling berharga, boleh buat jaminan smpai akhirat. .........