Monday, April 26, 2010

Sekali patah

Di dalam kitab Dalilul Falihin, diriwayatkan bahawa Imam Qurtubi berkata,

“Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk,”

dan bukan dicipta dari tulang rusuk. Dalam bentuk kiasan ia bermaksud, tulang rusuk dalam bengkok adalah berbeza daripada tulang yang lain sebagaimana wanita berbeza dari kaum lelaki. Perbezaan ini mempunyai kepentingannya jesteru tulang rusuk tidak boleh dicaci kerana berkeadaan seperti itu kerana tanpanya manusia menghadapi masalah.

source from : http://myhewi.wordpress.com/2009/09/01/wanita-dari-tulang-rusuk/

Tulang rusuk digunakan untuk melindungi organ2 yang penting dalam badan seperti jantung dan hati. Namun sifatnya mudah rapuh.Sekali patah, susah nak sembuh. Samalah dengan seorang wanita- once you hurt her feeling, there are no other way to turn back.

Indahnya agama Islam, semuanya telah dijelaskan dengan begitu terperinci. <3

Saturday, April 17, 2010

Strain not thine eyes

Janganlah engkau menujukan pandanganmu (serta menaruh hati) kepada nikmat kesenangan yang Kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka (yang kafir itu), dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka (kerana mereka tidak beriman dan tidak dapat menguatkan Islam sebagaimana yang engkau harapkan) dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang-orang yang beriman (sekalipun mereka dari golongan fakir miskin). Surah al-Hijr :ayat 88.

Strain not thine eyes. (Wistfully) at what We have bestowed on certain classes of them, nor grieve over them: but lower thy wing (in gentleness) to the believers.

Sunday, April 11, 2010

kelajuan



Laju = Jarak / Masa

Mahu bergerak laju tapi tak punya masa dan jarak perjalanan yang tetap. Ditambah keadaan cuaca yang tak menentu. I am losing my way..........

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,” Surah Qaaf ayat 16.


Monday, April 5, 2010

Penyudahan yang baik

Dalam dua minggu ini, memang rasa letih sangat.Tidur cukup - standard orang dewasa tapi memang badan rasa letih sangat sampaikan kadang2 terlelap menunggu maghrib @ isyak.Terlelap bukan tidur....lagi pelik sebab memang bukan jenis orang yang boleh main terlelap2 ni, selalu kalau memang dah tak larat , terus baring atas kati l- t.i.d.u.r. Tapi sekarang sambil duduk pun boleh pejam mata. Sedar2 dah 15 minit berlalu. Boleh tak? nak satu hari je untuk rehatkan badan ni : tak mahu fakir apa2..…Sangat letih.
Justify Full
Pagi tadi sempat tengok Tanyalah ustaz. Kalau adaa kesempatan, memang menarik nak tengok sebab tempoh tayangan yang padat (kurang iklan :P) The way ustaz jawab soalan pun memang sangat menarik. Takde lah nak wat lawak tak berfaedahkan. Just straight to the point bagi jawapan yang mantap. This show is recommended :) Ada satu soalan yang menarek dari penonton.Tajuk hari ni ujian..Seorang alim , then datang ujian yang sangat berat sehingga akhirnya dia tak mampu nak hadapinya . He commits suicide…..sedihkan?

Jawapan Ustaz : Husnul Khatimah (penyudahan yang baik) itu amatlah penting jadi selalu lah berdoa kita diakhiri dgn keadaan yang baik. Kita tidak tahu bila kita akan pergi so do a good deed everyday, every time and every second dan selalulah berbuat baik dengan Allah > Sesungguhnya Dia Maha mengetahui segalanya. (ayat ditokok tambah ikut ingatan yang tak berapa nak baik ni)

Dan kawan saya dulu selalu kata – Jika suatu hari kita buat satu kesalahan yang amat besar sedangkan di waktu2 yang sebelumnya kita RASA sudah cuba melakukan yang terbaik dalam setiap amalan kita. Cuba check balik diri kita – betul ke solat kita semata keranaNya? Betul ke dalam setiap solat kepala takde melayang2 fikir hal dunia. Kalau tiang dalam diri pun tak kuat macam mana nak bina rumah yang kukuh. Betul, setuju ! Walau orang lain nampak macamlah kita ni punyalah baik – sebaik2 manusia tapi kita pun tahu apa yang kita buat . Kadang2 dan selalunya tak sama macam mana orang lain fikirkan.


I have a pimple because you k**s me…adoiya....Each times I remember this sentence, I smile by myself. Siapalah ajar buat ayat macam ini.