Monday, March 29, 2010

- Conteng2 -


Lama betul tak menconteng dinding macam gambar di atas. Sangat gembira sebab dibantu oleh tenaga pengajar yang pakar (Thanks a lot BL for ur advise). Sesiapa yang pernah tengok aku conteng dinding mesti tahu part mana is my drawing. Teringat masa form 5 dulu buat mural kat tembok besar perimbun, siap main panjat2 tembok. Pergh dulu memang rajin buang masa. Sekarang pun lebih kurang je, cuma masa dah tak cukup nak dibuang2kan. Rindu betul punya banyak masa dan kurang tanggungjawab. Less burden …………


Jika Allah memberi hidayah kepada suatu kaum, tentu Dia mengilhamkan kepada kaum itu untuk mengujudkannya : Imam Hasan Al-Banna.

Monday, March 22, 2010

Since you were already born

Dulu-dulu selalu cepat emo. , pantang ada je tak kena sikit.Muka masam tak habis , mengomel tak tentu hala. Masa berlalu , I am try harder to make myself smile and happy everyday even though dalam hati hanya Allah yang tahu sakitnya. Tak mahu layan perasan negatif ini. Biarkan saja berlalu.

Apabila ada seorang perempuan yang tampak dikurangkan haknya dalam satu hal, maka Islam pasti menggantikannya dengan yang lebih baik pada hal yang lain : Imam Hasan Al-Banna.

Allah itu Maha Adil...things happened for a reason...



Sunday, March 21, 2010

Tunas..

Jatuh cinta dengan karya hlovate..sangat menarik..Baru baca buku tunas (highly recommended), mengimbaukan kembali zaman waktu sekolah. Rindu!!! Zaman kena baca buku berbulan-bulan sebab nak jawab exam yang hanya beberapa jam. Zaman kawan-kawan jadi komponen penting dalam kehidupan harian. Zaman emo hanya kerana hal yang kecil. Zaman baru nak kenal kehidupan. Tunas the best ! walaupun jalan ceritanya memang lain sebab penulis ambil kelas sains (jadi istilah2 yang digunakan tak berapa nak faham ) tapi intipatinya masih sama cerita zaman persekolahan dan apa yang berlaku selepas keputusan SPM keluar. Masing2 bawa haluan sendiri. Tak sedar dah lepas zaman tu hampir 6 tahun.

Dua-dua gambar pun sebelah dengan Siti Maslinda. Kawan yang akan dicari bila tengah sedih dulu. Dia sangat best, tak reti nak pujuk orang tapi akan cuba sedaya upaya untuk buat kamu rasa lebih baik. Dan tak lupa A4 yang sekarang cam dah jadi A3....Seperti yang dijangkakan Azie yang pertama akan bertunang. Dulu waktu sekolah beriya2 kata dia yang terakhir , tak sudah jadi yang pertama juga. Congrats Azie aka merchant. Luo Bin , si jelita dalam kelas yang selalu baik hati pinjamkan buku nota. (Dulu selalu tak rajin nak salin nota dalam kelas sebab mengantuk.Teruk punya alasan).Tak lupa juga Cik Khairunnisa Adam, best buddy masa belajar sains dulu. Kalau cik Nisa ni tak selalu ajak menelaah subjek yang saya selalu tidur dalam kelas ini.Mesti lingkup subjek ini..TQ cik Nisa. Jasamu dikenang sampai bila-bila.Oh lupa pula, ketua kelas sudah pun berumah tangga. Tahniah juga! Cikgu -cikgu yang baik. 5proaktif 2003 memang best. Puan Saulin Sinding , cikgu yang paling sempoi. Sangat suka dia.

p/s: sejak masuk uni., memang kurang rajin nak membaca terutama novel tapi buku ini berjaya juga dihabiskan walaupun amik masa. Ini bermaksud memang berbaloi jika ada sesiapa nak baca buku ini..hehehe....Kalau dulu , mesti satu hari dah selamat tamat.