Saturday, May 30, 2009

kenapa

Adik :Kakak kenapa kapal bawa sauh? Sauh itukan berat.

Kakak: Sebab bila kapal hendak berlabuh, kapal memerlukan pemberat.

Si adik masih menggaru-garukan kepala tidak faham.Kakak tersenyum.

Kakak: Apabila kapal berlayar keadaan laut kadang-kadang tenang , kadang-kadang berombak kuat maka kapal memerlukan pemberat untuk membantu mengharungi keadaan lautan yang tidak menentu.

Adik : Oh , macam kehidupan manusialah ya? Kadang-kadang senang , Kadang-kadang susah. Jadi Allah berikan kita tanggungjawab yang berat untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.
Maka manusia mampu untuk mengharungi cabaran dan dugaan yang mendatang di atas muka bumi ini.

Kakak terkesima mendengar luahan adik, seorang insan yang lebih muda darinya tapi mampu berfikir jauh lebih matang.Kakak terus tersenyum kerana hari ini dia telah belajar sesuatu.


Dapatkah kita hari ini merasakan 'pemberat' atau telah kita buang jauh-jauh 'pemberat' tadi untuk terus hanyut dalam lautan dunia ....