Sunday, February 22, 2009

Three Sixty

Sepanjang dalam hidup, rasa macam banyak masa dihabiskan pada malam hari berbanding siang.Entah sejak kecik lagi> Dah tua bangka macam ini pun masih tak reti nak menguruskan masa dengan baik.Rasa macam jam kehidupan aku berputar songsang. tapi ada beberapa situasi yang aku lewati dengan jam kehidupan yang songsang ini - antaranya :-
  • Ceritapertama :Tengok macam mana polis kejar pencuri .Dalam TV dan realiti keadaannya berbeza. Dalam case yang aku tengok ini , cerita pencuri kereta. Dalam masa tak sampai satu jam kereta dah kena potong (jadi sesiapa yang kehilangan kereta , possibility untuk dapat kereta balik itu hanya Tuhan sahajalah yang tahu). Dan yang paling kelakarnya , pencuri itu pakai punyalah smart - tengok memang cam takde gaya pencuri kereta lah....

  • Cerita kedua : Tengok in real macam mana polis tangkap pengedar dadah. Polis ini sebenarnya sudah beberapa hari memerhatikan penjenayah, tinggal tunggu masa yang sesuai je. Dan part yang aku kagum ialah macam mana polis itu paksa penjenayah bagitau maklumat.Polis ini takde lah bagi penampor atau flying kick cuma dia rotan punggung penjenayah dengan rotan yang tebal itu. Aku budget sure penjenayah itu tak bley duduk pasni.Mana ada dalam Tv , nak tengok polis rotan penjenayah- sensored tu.Kesian juga aku tengok polis2 sampai masuk tong smpah cari barang yang penjenayah ini buang. Kesian kat diorang ......
  • Cerita ketiga : Ini cerita rumah tangga orang takde sangkut paut dengan polis. Cerita dia bermula tatkala ade seorang wanita datang menyerang( aku assume first wife). Keluar lah seorang lelaki dan seorang perempuan yang berpakaian agak kurang sopan (baju tido singkat tiada lengan berwarna krim.yang ini aku budget second wife takpun pompuan simpanan).Mula2 lelaki ini try nak leraikan keadaan yang tegang ini tapi tak berjaya, end up dia blah macam itu je tinggalkan dua orang pompuan ini bergaduh..Kesian aku tengok dua orang pompuan ini.Korang nak gaduh sakan watpe, lelaki itu senang2 je blah tinggalkan korang.


Ini antara cite yang aku tak bley lupa lah. Bukan senang nak tengok in real kejadian2 camni.Aku cerita kat member aku, dia kata pasni bley la ko join Mazidul dlm rancangan 3:60.HEhhehe.... Kejadian2 ini berlaku lebih kurang kul 2-4pagi. Sedang orang nyenyak tdo tapi bagi sesetengah orang masa inilah diorang cari makanan yang tak halal....

Wednesday, February 18, 2009

Abdullah azam

kena tag ngan Ajin :-

1. Go to your photos folder in your computer.

2. Go to the 6th folder of photos.

3. Go to the 6th picture in that folder.

4. Put the picture on your blog and description of it.

Gambar ni amik dari internet untuk dijadikan peringatan wat diri yang selalu x sedarkan diri ini....tetiba teringat untuk mencari biodata Abdullah Azzam ini.Sure ramai yang tak tahu siapa dia ini. Terus terang diri ini pun tak berapa tau gak. Jumpa page ini untuk dikongsi :-


5. Invite six friends to join the challenge. Link them in your blog and let them know they have been challenged.-

Tuesday, February 17, 2009

Dekat di hati

Semalam aku tertarik mendengar kata-kata dari seseorang :-

"Saya jadikan hidup saya lebih bermakna dengan berasa tidak sabar untuk menunggu hari esok.Saya percaya hari esok memberikan satu lagi harapan dan peluang."
-lebih kurang macamnilah ayat dia.dia cakap bahasa rasmi kedua Malaysia. aku tambah ayat sendiri bagi menarik lagi.hehehehe.....



Suka dengan cara dia berfikir- positif sekali. Dia kata dia jadi lagi bersemangat sebab dia hendak buat macam2 lagi esok hari. Walaupun sibuk , dia sentiasa akan cari peluang untuk buat charity work.Baikkan...Charity work semacam dah jadi sebahagian dari hidup dia.

Lagi satu aku teringat akan ayat ini:

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.
(surah Qaff 50:ayat 16)



Allah Maha Mengetahui dan lagi dekat dengan kita daripada urat leher. Jadi bayangkan lah, betapa Allah itu sebenarnya sangat rapat dengan kita cuma kita sahaja yang sibuk menjauhkan diri dari DIA. Masa aku tercampak duduk blok lain dari member2. Masa itu rasa lonely sangat tapi aku bersyukur sebab masa itu aku jadi lebih kenal dengan DIA dan rasa rapat sangat. Bila sedih dan gembira , semuanya aku ceritakan pada DIA. Perasaan itu lain sebab walaupun kita sebagai manusia biasa mempunyai kecenderungan untuk berkongsi cerita sesama manusia tapi perasaan itu lain sangat bila kita seratus peratus bergantung pada DIA. Masa itu memang rasa tenang dan puas hati sebab yang mendengar MEMAHAMI 100% apa yang kita perlukan. Rindu saat itu...rindu sangat....