Monday, January 5, 2009

Life cycle

Selalu dengar orang kata hidup ini macam roda dan kemudiannya aku teringat pula roda ferris : berputar-putar -> no ending . Sekejap di atas dan sekejap kat bawah.

Hari ini pula nak dijadikan cerita aku tersesat masuk highway nak ke KLIA.Adoi, cuak + takut lalu kat sana sebab keadaan dia sunyi dan tiada penghuni.Maksudnya yang ada hanya pokok2 dan bukit2.Kenderaan pun tak banyak lalu kat situ walaupun jalan besar. Sesaiapa yang pernah lalu highway ni pasti tahu macammana keadaannnya.Pertama kalinya aku sesat seorang diri - masuk highway pula tu.Adeh...Ini semua sebab nak elak dari lalu jalan yang sesak-akhirnya aku sesat teruk.Selalunya aku yakin, mesti ada jalan keluar untuk patah balik tapi tahu sahaja lah dah masuk highway nak patah balik memang jauh sangat.Masa itu rasa menyesal sangat sebab tahap keyakinan yang melampau walaupun aku tahu aku memang selalu susah hendak cam jalan. Bila dah lama sesat dan tak nampak pun tanda2 jalan untuk keluar aku memang rasa tak tahu hendak buat apa. Dalam kepala otak fikir hendak minta tolong siapa? Akhirnya aku tersedar dan mohon dari Dia. Silap besar selama ini yang aku lakukan sebab aku rasa nowadays aku terlalu bergantung dengan manusia dari Dia. Aku lupa yang semua itu kehendak Dia. Aku lupa yang hubungan sesama manusia itu bukan direct relationship tapi semua relation itu menerusi Dia. Dia yang menentukan semuanya bukan manusia.

Ceritanya aku cuma tersesat tapi banyak yang aku dapat.Aku terfikir yang kadangkala kita cuba untuk ambil satu langkah yang salah dengan harapan dan keyakinan yang pasti ada jalan untuk ambil langkah yang betul di masa hadapan.Tapi kita lupa dengan hanya selangkah yang songsang belum tentu kita berpeluang untuk membuat pilihan jalan yang betul di masa hadapan.

Contohnya seorang pencuri tahu bahawa perbuatannya salah tapi dia yakin dia akan ada masa untuk jadi baik as long as tiada sesiapa pun di dunia ini yang tahu dia pernah jadi pencuri. Tapi si pencuri tidak sedar bahawa pengalaman dia menjadi pencuri itu sebenarnya akan memberi kesan di masa hadapan sebab dia makan minum dengan duit yang tidak halal. Benda yang tidak halal sudah pun menjadi sebahagian dari dirinya dan untuk menyucikan diri dari kekotoran bukannya senang.( Aku tengah bayangkan membersihkan kain putih yang dipaliti minyak hitam ).

Hubungan antara manusia bukan macam ini



Tapi macam ini