Sunday, October 12, 2008

15 weird things/ habits/ little known facts

Kena tag dengan Ajin dear ...

"State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself."


1. Kalau aku bengang ,sakit hati , marah atau gembira. Ianya memang terpancar dari mimik muka dan perangai.Kalau tengah mood tak berapa baik..muka memang masam mencuka untuk semua orang walaupun kamu sebenarnya tak terlibat langsung. Maaf aku bukan orang yang pandai sembunyikan perasaan. Inilah aku...

2. Aku tak berapa suke sangat warna-warna terang ini. Reason - no particular reasons.

3. Aku sangat dan amat suke menyakat anak2 sedara ....serius even yg baby pun .. hahahha....x caya tanya diaorang :D

4. Keadaan yang membingitkan memang paling aku jauhi sebab aku cepat pening kepala especially bila orang lain open loud speaker. Tetapi if sekali sekala aku tak kesah je. Antara sebab aku memang anti-konsert ...bingit telinga..Tolonglah~

5. Ada satu habit yang aku rasa sangat pelik (bagi akulah), aku gemar pergi shopping pepagi.Maksudnya kalau shopping compleks tu buka pukul 10am.Aku pun dah ada kat situ kul 10am.Takde orang - senang nak beli barang..

6. Setiap kali keluar jejalan dengan member2 mesti pergi makan-makan.Kalau tak mesti rasa pelik semacam je...

7. I'm not morning person.Walaupun aku bangun pepagi buta around kul 4am atau 5am. Aku end up dengan tidak melakukan apa-apa...Aku cam blur kalau pagi2 ini. Dari sekolah menengah lagi- so aku selalu tertido dalam kelas.Huduh sungguh~


8. Setiap kali keluar...aku bawa pain killer + salbutamol + minyak cap kapak.Ubat2an ni MESTI! Tak cam gadis2 lain aku memang tak bawa alatan make up coz im not using it.(nampak sangat malasnya ...hahaha...)

9. Sangat rapat dengan my sister.Therefore speedcall yg pertama-no dia..Apa-apa pun mesti call dia. Alahai ini seorang je adik beradik pompuan yang aku ade..

10. Sangat suke melepak rumah my best friend, Ina.Kalau cuti , tak gi umah dia..Memang tak sah~Kitaorang pernah merepek2, if dia dah kahwin camna aku nak melepak lagi dengan dia- baring2 + tido sesame. Ina kate "Takpe2, husband aku duk sebelah kiri.Kau duk le sebelah kanan." Ahaha punyalah suke merepek dengan minah ini, silap2 kang aku ade scandal plak ngan husband dia.(Mula merepek lagi..:D)

11. Dulu sangat gemar subjek Bahasa Melayu - subjek yang paling menerujakan. Aku sanggup baca buku-buku sastera yang berbelit-belit bahasanya.Tapi dululah.Sekarang kureng(sangat kureng) rajinnya untuk membaca.:P Sekarang ade gak le minat bace karya Hishammudin Rais - pendek tapi bahasa dan isinya sangat menerujakan.

12. Kalau tengah tidur dan tetiba telefon berbunyi ,aku akan tengok siapa yang telefon-if family, aku akan jawab tapi kalau tak aku terus je end call..Family call je yg considered important called. :D

13.Tak suka pakai kasut tertutup kecuali sport shoes.Rasa cam tak selesa....

14.Mula suka pakai headphone sejak msk UTP...X suka kacau ketenteraman org kot...selalu je kaco sebenarnya...

15.Walaupun aku sudah tahu rahsia seseorang , aku akan pretend yang aku tak tahu sampai dia reveal sendiri kat aku. Tapi dalam masa yang sama aku saje dan suke je tanya soalan yang related ngan rahsia itu , utk tahu apa reaksi dia. jahatkan aku.hehhehe....


oh, done..susah rupanya tag ni.:D