Monday, June 30, 2008

ISTIDRAJ

Selalu terlintas dlm fikiran kita ...kenapa aku dah berusaha+ berdoa tapi apa yang aku nak masih tak dapat2 sedangkan org yg selalu buat dosa+ tak berusaha selalu lebih beruntung dari kita ( ini kira cam dah perasaan lagi baik lah dari orang lain). Dulu ada seorg member aku pernah ckp macam ini kat aku . Itu mayb dugaan + cabaran or Allah sygkan kita so DIA nak kita selalu ingat pada DIA, DIA nak selalu dgr suara kita berdoa dan utk org lain itu maybe sebaliknya. Betul juga cakap member aku itu. Entah macam mana aku terbaca satu artikel yg berkaitan , tajuknya Istidraj.

Apakah dia istidraj itu?

Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :
"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuila h bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."


(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda:
"Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt."


Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

Dari Abdullah bin ' Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Friday, June 27, 2008

last mid sem break

InsyaAllah kali ini cuti penggal yang terakhir sebelum grad...Entah macam mana cuti kali ini terhangout plak ngan x-school8 dari primary school smpilah yang ke 2ndary school..lama tak jumpa diorang sebab sem break lain-lain kan?ada sebilagannya dah pun grad...I'm so jeles.. most of them is chinese gurl, banyak juga la yang dibualkan memandangkan dah 3-4 tahun tak jumpa. Berlambak le citer2 yang diupdatekan. Masa sembang bagai nak rak sampai macam-macam topic yang kuar dari citer sekolah sampai le ke isu semasa.Tiba-tiba ada seorang member ini tanya pasal ISLAM. Adui...dahsyat lah juga soalannya untuk orang yang kurang ilmu macam aku tapi aku jawab sebaik mungkin bagi diorang faham. Almost 1 hour ++ gak citer pasal tu. Soalannya lebih kurang macam ini lah:-
  • kenapa org Islam percaya pada hari kiamat?apa yang berlaku masa hari kiamat tu? orang Islam percaya tak pada kelahiran semula.
  • kenapa orang Islam tak makan babi?
  • kenapa orang Islam tak makan katak?
Ini antara soalan-soalan yang aku ingat ler yang selebihnya dah tak berapa nak ingat.Aku harap sangat aku memberikan penjelasan yang sejelas-jelasnya agar diorang ini tak salah faham tentang Islam. Diorang ini dari sekolah dulu memang suka tanya pasal bab-bab ini kat aku. Mungkin sebab itulah aku lebih nak mendalami agama aku sendiri sebab aku yakin dan sangat yakin "inilah jalan yang paling betul". Aku tak tahu apa niat diorang tanya pasal bab-bab ini. Maybe diorang nak tahu pasal Islam ataupun diorang nak gugat tahap kepercayaan aku. Entah aku sendiri pun tak pasti, sebab bila aku citer cara Islam , diorang lak cite pasal kepercayaan diorang. Alhamdulillah sedikit pun tak berjaya meragukan aku di jalanMu ini malahan aku bertambah yakin. :)

!!! PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM DI MALAYSIA !!!

TERHADAP JENAMA-JENAMA KELUARAN KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (TASEK GELUGOR, SEBERANG PRAI)!!


PULAU PINANG – Sebuah kilang memproses bihun dan laksa iaitu KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (Co. No. 365216-T) yang terletak di :-

Lot 1123,
Tingkat Selamat 6
Kampung Selamat, Tasek Gelugor
Seberang Prai
13300. P.Pinang.



sila rujuk ke blogspot ini... .

http://www.myjakim. blogspot. com