Tuesday, February 12, 2008

:: Cinta Pertama ::

فَبِأَيِّآلَاءرَبِّكُمَاتُكَذِّبَانِ

"Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yang kamu dustakan".

Waktu aku foundation dulu, roomate aku baca surah Ar-Rahman ini, selepas itu entah kenapa ayat ini begitu menarik perhatian ku.Sungguh masuk ke dalam jiwa ini.
Ayat ini diulang-ulang pula itu.Walaupun aku tak tahu maksud dia masa itu tapi memang rasa sangat tersentuh.Selepas tahu maksud ayat ini, makin tertanam dalam hati "Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yang kamu dustakan". Terlalu banyak nikmat sampai tak terhitung hingga ke akhir hayat.Kadang-kadang tak sedar wujudnya diri ini keranaNya.Bila bangun je dari tidur , plan utk hidup je-langsung xde plan utk hereafter.Jadi sekarang setiap kali bangun dari tidur 1st thing yang aku set kan dalam minda ini, hari ini aku bangun keranaNya dan segala yang ku lakukan untukNya dan setiap kali aku teringat niat ini.Hati jadi tenang dan gembira even hari tu memang tak menceriakan langsung kerana aku tahu DIA masih menemani ku walau apa jua keadaan.Selangkah kita kepadanya , 1000 langkah DIA datang pada kita.Inilah cinta pertama aku kepada surah ar-Rahman :)

Tuesday, February 5, 2008

Untuk Semua

Apabila salah seorang kamu mencintai saudaranya yang lain maka hendaklah diberitahunya bahawa sesungguhnya ia mencintainya (HR Ahmad & Bukhari )

Untuk semua member-member dan saudara sesama Islam - Love you all Lillahi Taala.