Sunday, December 28, 2008

Selamat Tahun Baru



Selamat Tahun Baru..Tak sedar langsung ketibaan Tahun Baru sampailah ajin, imah ,dkny send me text.Terima kasih kerana mengingatkan hamba yang terleka dibuai kesibukan duniawi..(jadi sempat le baca doa tahun baru...terima kasih korang walaupun x terbalas msg korg)

Wednesday, December 24, 2008

Creative

Sewaktu mengemas barang2an di dalam almari..aku terjumpa kad2 yg diberikan padaku...baca balik n try to feel wat they r saying...Ada yg tulis strait to d point n ade yg guna ayat bunga2...ade kad tu almost 4 years ago...mostly all dis card hv been given by a person who closed wif me... dan ada gak kad tu yg dibuat sendr..I really appreciate a handmade card..terasa keikhlasan sang pemberi...

sekarang jarang dah org nak pos2 kad ni..mostly using msg, text n other internet service...tp rsnya kad dipos still d best..:D and for those who hv gv me wateva card...i so appreciated it..thank u....

Ntah apa2 point aku nya entry kali ni....ceh.....

Sunday, December 7, 2008

Jendela Hikmah

AIDILADHA yang dirayakan pada 10 Zulhijah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail mentaati perintah Allah. Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat Islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Sambutan hari raya ini oleh umat Islam di seluruh dunia mempunyai falsafahnya tersendiri. Hari raya adalah kurniaan Allah kepada orang Islam Ansar menggantikan amalan hari perayaan jahiliah sebelum kedatangan Islam di Madinah.

Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri."

credit to : http://jendelahikmah05.blogspot.com/2007/12/jendela-hikmah-makin-ramai-lupa-fadilat.html (sila pergi ke link ini untuk baca full versionnya entri)

Selepas membaca entri dari blog di atas , rasanya perlulah diri ini mempersiapkan diri untuk Aidiladha yang akan tiba.Just hoping did becomin Aidiladha will be better than before. Rasanya banyak sangat amalan time Aidiladha yang ditinggalkan....sebuk sangat dengan hal-hal dunia mungkin... Dan mungkin Allah memberikan petanda2 which we can see so much disaster in Malaysia currently :

Salam Aidiladha buat semua.Semoga kita dapat memberikan sedikit pengorbanan dan menimba pengajaran dari peristiwa2 yang berlaku sebelum ini.


The event of my life, Event come to me~


Currently , I'm admired one person...She kind of perfect woman I've ever seen..She bring a lot of happiness and bright my day.I learned so much from her....Just wish I can be as positive as she is - giving without hoping of any receiving. Doing all good deeds as much as you can in your life..She thought me how short life can be...

"Think about it one more time." - her motto..

Monday, November 24, 2008

My open window~

Dua semester dihabiskan dengan pemandangan dan suasana ini...Rasanya this is d best rum i've sejak duk utp selain bilik masa founday dulu...Akan rindu sangat dengan bunyi burung mencicit dan ungka 'memekak' pepagi dan petang, bauan segar dari pokok2 dan tak lupa nyamuk2 yg banyak berterbangaan....The most strategic room: V5G-1-4-2 in memory~~~


Sunday, November 2, 2008

endless



Sejak semua member2 yang bakal grad memblog tentang frenship and student life in UTP, it's sound so sad to me to left dis student life...(walaupun hati ini berkata 99.9% gembira untuk meninggalkan bumi gurun ini)

Tak dinafikan banyak sangat yang aku belajar bila mula duk kat sini. Disini banyak persoalan yang terbuku di hati berjaya dirungkaikan - dari seorang yang sangat dan amat jahil aku belajar banyak sangat perkara. Disini aku jumpa apa yang aku cari dalam hidup.Aku belajar erti kehidupan sebenar.Kehidupan itu bukan sesenang A, B dan C. Dan tak bermakna jika kamu memberi yang terbaik , kamu akan dapat yang terbaik juga dan sebaliknya. Bagaiman a untuk menghargai dan dihargai. Semuanya bergantung pada DIA - Terima kasih Yang Maha Esa.

Yang pasti aku akan rindukan semuanya yang telah berlaku sepanjang hampir 4 thn setengah ini. Terima kasih untuk yang memberi tanpa meminta balasan - ukhuwah yang tak ternilai harganya. Hope it is not d end~



Sunday, October 12, 2008

15 weird things/ habits/ little known facts

Kena tag dengan Ajin dear ...

"State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself."


1. Kalau aku bengang ,sakit hati , marah atau gembira. Ianya memang terpancar dari mimik muka dan perangai.Kalau tengah mood tak berapa baik..muka memang masam mencuka untuk semua orang walaupun kamu sebenarnya tak terlibat langsung. Maaf aku bukan orang yang pandai sembunyikan perasaan. Inilah aku...

2. Aku tak berapa suke sangat warna-warna terang ini. Reason - no particular reasons.

3. Aku sangat dan amat suke menyakat anak2 sedara ....serius even yg baby pun .. hahahha....x caya tanya diaorang :D

4. Keadaan yang membingitkan memang paling aku jauhi sebab aku cepat pening kepala especially bila orang lain open loud speaker. Tetapi if sekali sekala aku tak kesah je. Antara sebab aku memang anti-konsert ...bingit telinga..Tolonglah~

5. Ada satu habit yang aku rasa sangat pelik (bagi akulah), aku gemar pergi shopping pepagi.Maksudnya kalau shopping compleks tu buka pukul 10am.Aku pun dah ada kat situ kul 10am.Takde orang - senang nak beli barang..

6. Setiap kali keluar jejalan dengan member2 mesti pergi makan-makan.Kalau tak mesti rasa pelik semacam je...

7. I'm not morning person.Walaupun aku bangun pepagi buta around kul 4am atau 5am. Aku end up dengan tidak melakukan apa-apa...Aku cam blur kalau pagi2 ini. Dari sekolah menengah lagi- so aku selalu tertido dalam kelas.Huduh sungguh~


8. Setiap kali keluar...aku bawa pain killer + salbutamol + minyak cap kapak.Ubat2an ni MESTI! Tak cam gadis2 lain aku memang tak bawa alatan make up coz im not using it.(nampak sangat malasnya ...hahaha...)

9. Sangat rapat dengan my sister.Therefore speedcall yg pertama-no dia..Apa-apa pun mesti call dia. Alahai ini seorang je adik beradik pompuan yang aku ade..

10. Sangat suke melepak rumah my best friend, Ina.Kalau cuti , tak gi umah dia..Memang tak sah~Kitaorang pernah merepek2, if dia dah kahwin camna aku nak melepak lagi dengan dia- baring2 + tido sesame. Ina kate "Takpe2, husband aku duk sebelah kiri.Kau duk le sebelah kanan." Ahaha punyalah suke merepek dengan minah ini, silap2 kang aku ade scandal plak ngan husband dia.(Mula merepek lagi..:D)

11. Dulu sangat gemar subjek Bahasa Melayu - subjek yang paling menerujakan. Aku sanggup baca buku-buku sastera yang berbelit-belit bahasanya.Tapi dululah.Sekarang kureng(sangat kureng) rajinnya untuk membaca.:P Sekarang ade gak le minat bace karya Hishammudin Rais - pendek tapi bahasa dan isinya sangat menerujakan.

12. Kalau tengah tidur dan tetiba telefon berbunyi ,aku akan tengok siapa yang telefon-if family, aku akan jawab tapi kalau tak aku terus je end call..Family call je yg considered important called. :D

13.Tak suka pakai kasut tertutup kecuali sport shoes.Rasa cam tak selesa....

14.Mula suka pakai headphone sejak msk UTP...X suka kacau ketenteraman org kot...selalu je kaco sebenarnya...

15.Walaupun aku sudah tahu rahsia seseorang , aku akan pretend yang aku tak tahu sampai dia reveal sendiri kat aku. Tapi dalam masa yang sama aku saje dan suke je tanya soalan yang related ngan rahsia itu , utk tahu apa reaksi dia. jahatkan aku.hehhehe....


oh, done..susah rupanya tag ni.:D

Saturday, September 20, 2008

Ramadhan 08

Ramadhan telah pun berlalu...Sedih juga bila kenangkan balik sebab ini kali terakhir (InsyaAllah) sambut Ramadhan di UTP. Mesti pasni rindu sangat nak terawikh kat masjid atau surau yang meriah... Kalau kat rumah , mak tak bagi pun pergi terawikh kat surau if sorang2 (mesti berteman ) dan suasananya pun totally different dengan suasana Ramadhan kat UTP ini. Tapi bila kat UTP ini rasanya "kebebasan" nak pergi kemana-mana seorang itu terpulang kepada diri sendiri. Mahu atau tidak....Sangat pasti I will missed this "freedom" so much.

Ramadhan kali ini sempat abiskan empat hari di rumah kakak kesayangan. Memang sangat menarek sebab ade orang nak kejut sahur :P... And since dis probably my last sem , my sis masak yang best2...Whatever I want dapat je masa itu, if tak sempat buat my bro in law akan tolong belikan..(baikkan???) dan sempat juga lah habiskan masa dengan anak-anak sedara yang chumel...


Tengah busy menghabiskan bunga api yang makciknya baru beli :D


Akhirnya berjaya juga pujuk Afrina main bunga api...
( Dia takut2 sebab sebelum ini tangan pernah melecur kena mercun)

Dalam umah~

affair wif SV

Sejak semester akhir ni kerap le berjumpa dgn Miss Shakirah Mohd Taib aka my FYP SV sebab FYP yg sokmo je ade errornya. So dengan muka tak malu, jumpa Miss beritahu apa masalahnya. At least her know Im doing my progress in my FYP cuma error tu suka je nk kacau system :P (bley plak cam ni erk???)


Masih ingat lagi macam mana bley kenal ngan my SV ni...kenal sejak First year lagi. Since her so adorable + cun + baik hati , memang admire betul ngan Ms ni..:D Selalu lepak2 bilik dia sebab tu kami pun jd rapat until now she's my SV..suka2(ipin voice)!!!!


Sewaktu berbincang dengan SV kesayangan.:P


SV try solvekan problem setelah developer tak dapat2 solution..
(tak berjaya gak solvekan..tapi at least her try her best..CMS tak nampak coding kat mana, tak pasal2 kena lecture nape guna CMS..adeyh~~)

Kenapa saya suka lepak bilik SV saya :-
  • kalau bukan bulan puasa siap dapat makan2 lagi..ni yg paling best..Miss Shakirah rajin memasak.
  • Hari itu dapat "pow" belanja untuk berbuka.:D
  • Dapat souvenirs yg best
  • dan macam2 lagi yang tak bley dicerita di sini (affair means secret le)
- on my last visit , her show me something that make me smile ...wow she keep it and display in her room.

She ask :-
"Ingat tak kad raya ini?" .
"Ingat le, wow dah tiga keping means dah tiga tahun kita kenalkan ,Miss?"

Dah tiga tahun.........


On UTP Convocation 2008 ( property right _)






Monday, August 25, 2008

Online Users

Baru-baru ini..oh mungkin sejak cuti sem yang lalu...aku kerap membeli buku (bukan text book) tapi membacanya satu pun belum ade yang berjaya ku khatamkan..Sejak sem mula lebih kurang 5 lagi koleksi buku yang aku berjaya tambahkan..tapi secara jujurnya sejak msk uni , mmg minat membaca itu dah makin kurang...ini bermaksud ilmu pun makin kurang le..**Sigh**.....


once more - lagi 6 hari je nak Ramadhan so nak kena mula setkan target utk dis coming Ramadhan. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari sebelumnya...

p/s: meh le view http://humairabookstore.blogspot.com/ ...buku2 dia best n dpt byk discount~~:D

Saturday, August 23, 2008

Yang pertama

Dah lama tak spend masa ngan Sham aka Dayah..last midnite entah macam mana bley la termelepak sesama depan tasik lagi..romantik tak? :D

Sham ni la member aku yang pertama kat UTP ni, aku akan ingat sampai bila-bila. Bak kata orang yang pertama tu kan susah nak dilupakan... So utk Sham thanks a lot sebab kau datang waktu aku betul2 perlukan seorang member kat tempat yg asing cam UTP ni (masa tulah, skrg dh adapt je keadaan UTP ni ).Dan terima kasih kepada DIA yang menuliskan takdir aku utk berjumpa dengan Sham..Alhamdulillah~~~


Dihempas gelombang dilemparkan angin
Sekisah ku bersedih ku bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencana Nya

Semua berjalan dalam kehendak Nya
Nafas hidup cinta dan segalanya

Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi

Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati rindukan Dia
Karena hanya dengan Nya hati tenang
Damai jiwa dan raga

Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Hanya pada Mu Ya Robbi




Friday, August 22, 2008

A weekend at UTP


Buat pertama kalinya sepanjang belajar kat UTP ni, tak balik time konvokesyen week...:D
there a lot of reason nape tak balik which i dont want to mention here :P

last nite my sista called cam biasa le saje tanya khabar adek dia ..... then my sis mention , Aiman ask his father : " malam ini, babah tak pergi ambil acu *** ke ?". nak tergelak pula dengar Aiman tanya macam itu kat abah dia. Mungkin dia dah terbiasa sebab semester ni selalu balik rumah dia hari Khamis malam. Dan selalunya hari Jumaat pagi akan bermain-main dengan Afrina sebab semua orang pun pergi sekolah.

Sorry lah my dear nephew n niece dis weekend not for yours~~




Monday, June 30, 2008

ISTIDRAJ

Selalu terlintas dlm fikiran kita ...kenapa aku dah berusaha+ berdoa tapi apa yang aku nak masih tak dapat2 sedangkan org yg selalu buat dosa+ tak berusaha selalu lebih beruntung dari kita ( ini kira cam dah perasaan lagi baik lah dari orang lain). Dulu ada seorg member aku pernah ckp macam ini kat aku . Itu mayb dugaan + cabaran or Allah sygkan kita so DIA nak kita selalu ingat pada DIA, DIA nak selalu dgr suara kita berdoa dan utk org lain itu maybe sebaliknya. Betul juga cakap member aku itu. Entah macam mana aku terbaca satu artikel yg berkaitan , tajuknya Istidraj.

Apakah dia istidraj itu?

Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :
"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuila h bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."


(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda:
"Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt."


Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

Dari Abdullah bin ' Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Friday, June 27, 2008

last mid sem break

InsyaAllah kali ini cuti penggal yang terakhir sebelum grad...Entah macam mana cuti kali ini terhangout plak ngan x-school8 dari primary school smpilah yang ke 2ndary school..lama tak jumpa diorang sebab sem break lain-lain kan?ada sebilagannya dah pun grad...I'm so jeles.. most of them is chinese gurl, banyak juga la yang dibualkan memandangkan dah 3-4 tahun tak jumpa. Berlambak le citer2 yang diupdatekan. Masa sembang bagai nak rak sampai macam-macam topic yang kuar dari citer sekolah sampai le ke isu semasa.Tiba-tiba ada seorang member ini tanya pasal ISLAM. Adui...dahsyat lah juga soalannya untuk orang yang kurang ilmu macam aku tapi aku jawab sebaik mungkin bagi diorang faham. Almost 1 hour ++ gak citer pasal tu. Soalannya lebih kurang macam ini lah:-
  • kenapa org Islam percaya pada hari kiamat?apa yang berlaku masa hari kiamat tu? orang Islam percaya tak pada kelahiran semula.
  • kenapa orang Islam tak makan babi?
  • kenapa orang Islam tak makan katak?
Ini antara soalan-soalan yang aku ingat ler yang selebihnya dah tak berapa nak ingat.Aku harap sangat aku memberikan penjelasan yang sejelas-jelasnya agar diorang ini tak salah faham tentang Islam. Diorang ini dari sekolah dulu memang suka tanya pasal bab-bab ini kat aku. Mungkin sebab itulah aku lebih nak mendalami agama aku sendiri sebab aku yakin dan sangat yakin "inilah jalan yang paling betul". Aku tak tahu apa niat diorang tanya pasal bab-bab ini. Maybe diorang nak tahu pasal Islam ataupun diorang nak gugat tahap kepercayaan aku. Entah aku sendiri pun tak pasti, sebab bila aku citer cara Islam , diorang lak cite pasal kepercayaan diorang. Alhamdulillah sedikit pun tak berjaya meragukan aku di jalanMu ini malahan aku bertambah yakin. :)

!!! PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM DI MALAYSIA !!!

TERHADAP JENAMA-JENAMA KELUARAN KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (TASEK GELUGOR, SEBERANG PRAI)!!


PULAU PINANG – Sebuah kilang memproses bihun dan laksa iaitu KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (Co. No. 365216-T) yang terletak di :-

Lot 1123,
Tingkat Selamat 6
Kampung Selamat, Tasek Gelugor
Seberang Prai
13300. P.Pinang.



sila rujuk ke blogspot ini... .

http://www.myjakim. blogspot. com


Tuesday, May 27, 2008

.:: erti sebuah ukhuwwah ::.

Ukhuwwah (yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda Rasulullah s.a.w yang menyatakan:
“Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya”.

Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan:

“Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.



Thursday, May 15, 2008

Luvely House8

This semester duduk ngan junior- tercampak + tersesat sengsorg kat Blok G ini. Mula-mula memang rasa amat pelik , yalah duk ngan orang-orang yang tak dikenali. However as time goes by, everything become better and better. All housemate seem so nice to me, my rum8 si Soeh yang menarek and memahami. Thanks for be such a very good rum8 for new comer like me ;). D gurls next door which also so sweet: Nadiah d adorable gurl and her rum8 Zahirah. Korang memang baik especially nadiah yg suka melepak di bilik ini. Budak busuk, ko memang sgt menceriakan hari-hari ku.Thanks again. hehehe...last but not least - Kima and kak Sarah. Thanks 4 always welcoming me to come to your rum.Bilik korang sangat menarek. And the most beautiful part is you all , md me remember my first year memory. Rindu masa-masa yang telah berlalu. Now dah final year pun. Like my sister always said "Tinggal satu sem je lagi....". After all, Alhamdulillah...thanks Allah give me such a huge gift like dis in my life. :D



Sunday, April 6, 2008

-penghinaan-

Satu per satu penghinaan kepada Islam dan Rasulullah SAW.Rasa-rasanya kenapalah kafir laknatullah ini tanpa segan silu menghina agama dan kekasih Allah ini? Sebab kita sebagai orang Islam pun dengan lemahnya nak mempertahankan agama kesayangan kita ini. Bila kita dengar pasal filem Fitna yang dikeluarkan oleh si kafir ini...Kita cuma mengeluarkan kata-kata tak puas hati atau just forward message suruh boikot barang-barang diaorng ini.Masalahnya ramai ke yang boikot barang diaorang ini? I'm believe not....Baru sahaja hari tu pergi kedai runcit.Berlambak-lambak orang Islam yang beli barang Belanda, itu belum lagi yang bertimbun-timbun beli barang ISRAEL (ISRAEL ini lagilah terang-terang tanpa malu dan segan menentang orang Islam).Lawak sangat mulut je kata benci tapi masih support orang2 kafir ini. Alasan orang-orang yang support musuh-musuh Islam ini sangatlah lemah...Ini antara kata-kata mereka :-

"Apa ya barang-barang boikot ISRAEL & Belanda ini?Saya tak tahu."
(alasan tak nak ambil tahu, jadi senang lah bley escaped bila kena soal ngan manusia tapi Allah kan Maha Mengetahui.)

"Nak buat macammana if kita tau yang Nokia itu lagi bagus dari brand lain.Sure lah kita nak beli barang yang baguskan."
(tak kisahlah haram ke halal as long as kita bahagia...i dont care if others muslims suffer.Ini ke moto hidup orang-orang yang namanya ISLAM)



Ini page of boycott list.Untuk sesapa yang tak tahu :-
  • http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.php (list baru yang di update)
  • http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html (list lama yang belum update)

Jadi...untuk umat Islam semua.Marilah sesama kita boikot barang-barang yang menyumbang kepada kesengsaraan umat-umat Islam yang lain seperti Palestin.Tak mustahil jika suatu masa nanti kita pun akan menerima nasib yang sama seperti mereka jika kita tak bertindak dari sekarang.

p/s: peringatan untuk sedara sesama Islam disamping mengingatkan diri sendiri yang sering kali lupa dengan segala nikmat yang diberikanNya. :(

Tuesday, March 25, 2008

kerana si dia............

Menelusi alam ini,
Ku tersangkut pada si dia,
Kusangka ku akan bersamanya,
akan dia bantu ku suatu hari nanti...

Namun aku alfa Ya ALLAH,
dia tidak akan membantu ku,
jika ada,
ia hanya sedikit cuma,
itupun jika kupergunakan dia,
untukMu....

Ku bersyukur Ya ALLAh...
KAU sedarkan aku dengan cara begini,
Sembah sujud taat hanya padaMu,
dia hanya salah satu jalannya,
kerana dia makhluk Mu,
yang penuh pesona,
kerana dia,
alam fana yang KAU cipta.............

Saturday, March 22, 2008

:.:Keikhlasan Hati:.:

Dalam kehidupan sehari-harian kadang kala kita tak sedar setiap perilaku kita ini dihitung - baik dan buruknya. Ikhlas...mampukah hanya meluahkannya dengan kata: Pastikah 100% yakin kita ikhlas dalam melakukan sesuatu.

-ikhlas itu ibarat semut hitam yang berada di atas batu hitam di malam yang gelap gelita-

Perumpamaan yang ringkas tetapi mempunyai maksud yang amat mendalam.Tiada sesiapa pun yang dapat menilai keikhlasan seseorang melainkan Dia. Berniat untuk ikhlas tetapi dalam hati menyesali dengan apa yang telah dilakukan.Ikhlaskah itu?Berat sekali untuk menilai keiklasan itu.Ini baru keikhlasan sesama manusia.

Bagaimana pula keikhlasan terhadapNya.Ibadah kita adakah 100% untukNya ataupun sebenarnya cuma rutin yang kita tahu kita wajib buat.Kalau tak buat -BERDOSA. Ataupun cara untuk memohon sesuatu tatkala ujian datang menimpa. Ikhlaskah itu?

Dalam satu hadith diriwayatkan bahawa ada seseorang bertanya kepada Nabi saw:-
“apakah itu iman?” baginda menjawab “ikhlas”
(dipetik dari kitab at-targhib,hadith riwayat al-baihaqi)

Menurut Al-Qur`an, bukanlah kerja keras, bukan kelelahan, bukan pula mencapai penghormatan atau cinta dari orang lain yang disebut sebagai kriteria keunggulan, melainkan keyakinan mereka akan Islam, amal baik yang mereka kerjakan untuk mendapatkan keridhaan Allah, dan niat baik mereka yang terpelihara dalam hati. Itulah yang disebut kriteria yang unggul di hadapan Allah. Allah menyatakan hal ini di dalam Al-Qur`an,

“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketaqwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.”

(al-Hajj [22]: 37)

Buatlah sebaik mungkin dalam amalan kerana sesungguhnya tiada siapa pun dapat menilai setiap satu amal itu melainkan Dia.Bayangkanlah setiap orang yang telah berbuat amal itupun belum tentu dijamin amalnya diterima, apatah lagi insan yang tidak pernah melakukan apa-apa.

Sumber rujukan : Keikhlasan Dalam Telaah Al-Qur'an oleh Harun Yahya

Wednesday, March 5, 2008

when a sorry doesn't sound anything

"when a sorry doesn't sound anything"

What I mean here, when someone make their apologize but suddenly you doesn't feel anything to their apology.It's not mean you don't want to accept their apology but you just cant forget what had happened before. You still accept their apologize , but to forget I totally can said that you will not even your mouth said I've just forget what is actually happen between us.That's is human natural tendency to keep redeem what have happened before. Oh...i'm just an ordinary person, that still keep all those memory. If only I can just press button DELETE, to remove that's unwanted memory.But I believe that every human being will get happy only after facing the difficulties in their life path. So am I....

BERMAAF-MAAFAN adalah antara sifat terpuji yang perlu dilakukan sepanjang masa. Firman Allah bermaksud : “Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa”. (Surah al-Baqarah, ayat 237)

"Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar."
( An-Nahl : 126 )

“Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).

.:: I'm hear in what you say but I just can't make a sound ::.

Tuesday, February 12, 2008

:: Cinta Pertama ::

فَبِأَيِّآلَاءرَبِّكُمَاتُكَذِّبَانِ

"Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yang kamu dustakan".

Waktu aku foundation dulu, roomate aku baca surah Ar-Rahman ini, selepas itu entah kenapa ayat ini begitu menarik perhatian ku.Sungguh masuk ke dalam jiwa ini.
Ayat ini diulang-ulang pula itu.Walaupun aku tak tahu maksud dia masa itu tapi memang rasa sangat tersentuh.Selepas tahu maksud ayat ini, makin tertanam dalam hati "Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yang kamu dustakan". Terlalu banyak nikmat sampai tak terhitung hingga ke akhir hayat.Kadang-kadang tak sedar wujudnya diri ini keranaNya.Bila bangun je dari tidur , plan utk hidup je-langsung xde plan utk hereafter.Jadi sekarang setiap kali bangun dari tidur 1st thing yang aku set kan dalam minda ini, hari ini aku bangun keranaNya dan segala yang ku lakukan untukNya dan setiap kali aku teringat niat ini.Hati jadi tenang dan gembira even hari tu memang tak menceriakan langsung kerana aku tahu DIA masih menemani ku walau apa jua keadaan.Selangkah kita kepadanya , 1000 langkah DIA datang pada kita.Inilah cinta pertama aku kepada surah ar-Rahman :)

Tuesday, February 5, 2008

Untuk Semua

Apabila salah seorang kamu mencintai saudaranya yang lain maka hendaklah diberitahunya bahawa sesungguhnya ia mencintainya (HR Ahmad & Bukhari )

Untuk semua member-member dan saudara sesama Islam - Love you all Lillahi Taala.

Thursday, January 24, 2008

Pementasan Kehidupan

Dalam sebuah pementasan kehidupan,
Semua memainkan peranan,
Sang matahari memancarkan cahaya,
dan sang hujan menyalurkan perairan.

Meniti pementasan ini,
Semua dinilai dengan setiap perlakuan,
Hasil usaha selama mana mampu untuk bertahan,
Dan akhirnya yang gagah & tabah menang,
Dan Si lemah...ampuh di pertengahan jalan.


Aku masih disini bersandiwara di atas pementasan,
Yang tahu hanya PENCIPTA drama pementasan....

Wednesday, January 23, 2008

Begin On Final Year

Permulaan semester akhir ni, perasaannya seperti 1st time I went to UTP- masa foundation dulu.Tapi sedikit matured dari dulu.Bak kata one of our lecturer "masa tu masih budak2 lagi".On first time duk jauh dr coursemate.So kena lah jadi independent sikit, tak bley lah nak harapkan orang sangat dah sekarang.

Dah lama tak balik UTp , banyak juga perubahannya. Taman Maju pun dah ade kedai baru. Last time pergi Building 2, jumpa ramai lecturer yang dah balik dari oc.Dulu tutor sekarang dah jadi lecturer pun. Keadaan banyak sangat yang dah berubah.Member-member pun dah banyak perubahannya.Myself? Ntah.Hopefully berubah lbh baik dr dulu. Penghijrahan dari perangai2 yang buruk kpd yang lbh baik sikit.

This year pun dah start risau pasal FYP.I cant really get the real view wat I want to do.My muthabaah pun , since Im stand alone rite now.Hopefully increase dr previous year.

Hopefully I can manage this finale year.^_^

Wednesday, January 16, 2008

Di mana Sharlinie~

LAst week I've got MMS on the abv pic.Feel so disappointed to the Malaysia condition now.No longer safe environment.

Tuesday, January 15, 2008

Canon in D mode~

Alhamdulillah...Dah settle semua kerja2 yang perlu disiapkan.Pagi tadi sempat singgah kejap kat ofis.Tepat kul 8 am tau if x kena thn ngan security bwh tu.Skrg security system dah ketat ckit.Tak tahu nape?Tapi jejak kaki je kat Tower 2 tadi Kak Hasana ajak gi sarapan.Baiknya dia.She's d best sister ms intern selain my sv la..Even we're not in the same division , tmpt ddk pun jauh tapi sll je call n ajak.Thank 4 ur kindness, selalu bagi makanan , nasihat, ajak join2 all event kat TCDM.Teringat plak esok hari uniform TCDM.Thanks gak kat En Zamri from DM yang selalu x lupa nk bagi souvenier bila balik dr outstation.Dia gak lah yang berusaha dapatkan uniform 4 inters.Memang baik tapi x sempat nak jumpa sebab last week anak dia accident, so now he's still on leave.:(

My uniform ade name kat sebelah kanan tp kemeja ni cam pendek ckit so X best sgtlah~

Monday, January 14, 2008

Raining D@y

Sepanjang 2-3 minggu ini, petang je mesti hujan.Hari ini degil juga nak keluar petang jadi berhujan la...hopefully i don't get flu...but luckily after hang out dis evening my mood keep :) ..i cant wait to finish up this 2008.Hopefully this year will fly fluently and smoothly and hopefully gak i'll grad by dis year. Amin....

Today, I've godek2 all files and suddenly I've found several document that cheer me up :-

Firstly I've found one flash that some1 create 4 me however bcoz of an orthodox PC in office I cant see that flash.The flash is so sweet. :D Thank u dude 4 all your effort even though I know u not expert on doing it and thanks 4 all pic dat u take n edit 4 me...:P

Second , I've read again my final report acknowledgment. Here I want to share wat I've merepek on dat page:-

First of all, Alhamdulillah to the Almighty Allah S.W.T. for the successful completion of the Industrial Internship Programmed, which was from 6th June 2007 until 11th January 2008.Author would like to give a thank for several individual which is:-

  • Plant Supervisor: Ms Rosiza Bt Buang – a person who give the author advise and guide during 8 month Internship Program.
  • KIM team member: Puan Che Zan Bt Hj Yassin, En Ismail B Isa, En Azrul Ariffin B A Rahim and En L M Ali B Laiman – a group that assist and give an advise for my task and projects
  • UTP Supervisor: Mr Izzatdin and Mr Low Tan Jung – advisor's from UTP that concern of author welfare and internship situation
  • TCDM staff (all TCDM team member )– a group that give a cooperative environment to author.
  • HR Staff: responsible department that take care author finance and welfare

Finally, I would like to give a big thank to Petroleum Management Unit (PMU) that give me an opportunity to doing my internship. This is a good experience and good exploration to the working environment. To author family and friends, thank you for all your support during this period.

* I wake up dis morning , then I realize I miss to went to d office early in the morning.Go thru the traffic jam, doing my daily task then having a gossip wif all fren and grumbling all about d small2 thing.Owh..I miss all dat rountine.This evening I've receive a called from my SV :-
"Awie , you datang tak hari ini?"
"Tak, esok saya datang."
"Ok,esok datang ya..datang pagi2 tau"

"Ya Kak Siza pukul 8 saya ade kat ofis"
Hehe..after all I think my task & responsibilty gv impact gak.Dis make me :)

Saturday, January 12, 2008

-Finally-

Last day is my last day of being intern. After 32 weeks , I've already get thru my Internship Programme. Alhamdulillah. Thank God~

PMU Raya Gathering - Round table wif DM sis~

LLR Kerteh on KM Journey during fasting month~

Knowledge Management Familiarization (KMF)
TCDM Raya gathering~

TCDM Family Day at FRIM...so happening~

A pieces of memory during my time in KM, TCDM, PMU.

Wednesday, January 9, 2008

....still in a path of journey ....

Doa Awal Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".



Alhamdulillah, tahun Baru kembali lagi, semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya walaupun last year is a the best year of mine. After the worst beginning of the year , semuanya berakhir dgn happy ending.I've learn a lot of thing last year. Pahit - manis kehidupan dari perspektif yang lain. Sedikit nilai kehidupan itu sudah tertanam di dalam diri. Thank you Allah for all the things dat YOU gv to me.Its so precious - I received nothing I wanted and I received everything I needed.

Sunday, January 6, 2008

Current issues

Berita untuk hari ini memang melucukan.Isu serius tapi jawapan tak relevan malahan melucukan.Orang yang menyatakan ucapan-ucapan berikut seperti membuka pekung di dada.
Kononnya nak cover diri sendiri tapi sebaliknya pula yang berlaku.

Isu : Yuran sekolah
"Saya tidak akan maafkan mana-mana pegawai termasuk di peringkat daerah yang menyembunyikan perkara ini kerana dasar kita tidak mewajibkan para pelajar yang tidak berkemampuan membayar yuran tambahan"
-kata-kata untuk melambangkan diri sendiri (Sumber dari salah satu akhbar tempatan)

Isu : Kelantan dijanjikan pusat ketamadunan Islam
‘‘Sepanjang 18 tahun PXX memerintah, berapa masjid yang dibina? Saya dimaklumkan hanya satu iaitu di Rantau Panjang. Tetapi sehingga kini projek itu masih tergendala,”katanya.
- kata-kata dari seseorang yg kononnya ambil berat pasal rumah Allah tapi diri sendiri jadi dalangnya.(Sumber dari salah satu akhbar tempatan)

Isu: Minyak masak dicatu
“Ini bukan kali pertama kita mengehadkan pembelian barangan kawalan. Masa krisis kekurangan gula kita pernah mengambil langkah yang sama. Jadi, pendekatan yang sama akan digunakan,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan semua pekilang minyak masak dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di sini, hari ini.
- masalah yang dibina sendiri , pastu kononnya dioranglah yang nak selesaikan.Ntah pape...(Sumber dari salah satu akhbar tempatan)

Inilah serba sedikit statement yang diambil dari surat khabar tempatan. Kadang - kadang kita selalu fikir buat apa nak pening-pening kepala fikir tapi end up semua ini pun berbalik kat kita juga.Kalau kita terlepas , anak-anak kita pula camna? Kalau kita tak bertindak sekarang, mungkin esok sudah terlambat~