Tuesday, December 25, 2007

Lawak akhir Zaman

Suatu hari di sebuah bank, wang kertas 50 ringgit berjumpa dengan wang seringgit.

"Lama tak jumpa" sapa seringgit.

"Biasalah aku pergi Genting, naik Star Cruise, pergi Kota Kinabalu naik MAS, pergi Sunway Lagoon dan banyak lagi lah tempat...Tak larat nak sebut " Kata 50 ringgit.

"Kau pulak ke mana?" tanya 50 ringgit kepada seringgit.

"Biasalah aku kat tempat yang sama je selalu......


masjid...
surau...
masjid....
surau....

Noted : tanda-tanda akhir zaman :(

Friday, December 14, 2007

-PeriBadi-

Fitrahnya manusia ini, selalu je bermain dengan emosi.Emosi tak semestinya yang negatif je, being happy is also one of emotion, isnt?Sebelum balik dari office tadi sempat gi melawat kinokuniya, terjumpa satu buku yang best karya HAMKA.Tajuknya "Peribadi", sempat gak baca beberapa helaian...memang best.

"Sekumpulan kerbau yang sama beratnya, sama kesihatannya pasti mempunyai kualiti yang sama tetapi sekumpulan manusia yang sama fizikalnya belum tentu mempunyai kualiti yang sama kerana peribadinya - Hamka" .Lebih kurang beginilah prolog dari buku.

Manusia berbeza kerana peribadinya yang berbeza.Peribadi manusia berubah-ubah mengikut tahap kesedaran dan umurnya.Semakin umur meningkat sepatutnya semakin bertambah lah tahap keimanan kepada yang Esa tetapi itu bergantung kepada tahap kesedaran dan keimanan mereka terhadapNya.Hidayah itu datang dariNya.Kita sebagai manusia hanya insan kerdil yang perlu memohon hidayah dan beriman tanpa henti kepadaNya.Janganlah kita riak dengan menyatakan "Inilah diri ku yang sebenarnya".Alasan taknak jadi hipokrit tapi dalam pada masa yang sama melanggar arahanNya.

Selangkah kita kepadaNya, seribu langkah Dia datang kepada kita...

- Tiada manusia yang sempurna kerana kesempurnaan itu milikNya~


Monday, December 10, 2007

Keep HoLding

"Ketika kamu naik ke atas dengan tidak menoleh-noleh kepada seseorang, dan rasul menyeru kamu dari belakang kamu, lalu Dia mengganjari kamu dengan kesedihan atas kesedihan, supaya kamu tidak bersedih kerana apa yang terlepas daripada kamu, dan tidak juga kerana apa yang menimpa kamu; dan Allah menyedari apa yang kamu lakukan." (Surah al-Imran:ayat 153)

Saturday, December 1, 2007

SembilanTahapan Solat


Sepanjang minggu ini, badan rasa letih je, muka pula tak bermaya.setiap kali terserempak dengan sesiapa mesti diorang tanya soalan yang lebih kurang sama- "Tak sihat ke hari ini? Demam ke hari ini?" SV nya soalan lagi best, "R u angry wif me?"-Ntah bila lak nak geram ngan dia since dia bukannya ada kat ofis, pegi training 3 hari.(tapi dia still bagi task2 yg perlu disiapkan thru email...hehehe...)Tapi seriously, tak perasaan pun muka sangat pucat sampailah terlihat gambar masa last KM FP Meeting.Memang sangat tak BERMAYA.Mata bengkak macam hantu, muka lak memang cam orang sakit.Nak kata tidur tak cukup..erm cam biasa.Mungkin sibuk sikit from last weekend and along dis week memang banyak sangat yang nak disiapkan memandangkan my final presentation pun dah nak dekat.Overall I dont think lah semua ni yang wat muka tak bermaya sebab ...ntah no specific reason.So I've check myself 1 by 1, then I found something n I think dis is d main problem.Sibuk sangat kerja2 dunia ni sampaikan tak perasaan muthabaah harian makin menurun.FUh...so last day I'm start to improve again my muthabaah dan rasanya berjaya lah juga menceriakan muka ini. :)
Tersedar pun sebab dengar tazkirah (setiap pagi jumaat kat TCDM department ada tazkirah...)
Tajuk tazkirah pagi itu ialah "9 Tahapan Solat".


Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita check sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang
ini.

Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6.
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba-tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa-apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh /golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah,seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan Tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. Golongan 1-4 cam confirm trus masuk HELL.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.