Saturday, April 28, 2007

perasaan ini......


Ku teringat momento lalu,
persis satu persatu meninggalkan diri ini,
Penuh dengan seribu satu kenangan dan pengajaran.

Hari demi hari yang kulalui,
penuh memori suka dan duka,
Ada dianataranya yang kurindu,
Ada diantaranya yang kubiarakn berlalu sahaja,
ah...perasaan ketika ini...
jenuh untuk dilayan,
dan tak mungkin untuk ditolak.

Berada disini buat ku kembali berfikir,
Yang benar jadi salah,
Yang salah jadi benar,
Yang menentukan,
Entah siapa.....

kenangan bersama takkan ku lupa,
toronto dalam kenangan kita........

Friday, April 27, 2007

which appLe r U????


Women are like apples on a tree.

The best ones are at the top of the tree. Most men don't want to reach for the good ones because they are afraid of falling and getting hurt. Instead, they just get the rotten apples from the ground that aren't as good, but easy...

So the apples at the top think something is wrong with them, when in reality, they're amazing. They just have to wait for the right person to come along, the one who's brave enough to climb all the way to the top of the tree


Monday, April 23, 2007

~FrEN and Luv~


IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman
dalam memilih kawan. Beliau juga
mengakui sukar mencari sahabat sejati
yang mahu berkongsi suka duka bersama.
Ketika menilai sahabat sejati pada waktu
susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat
dimanfaatkan ketika susah lebih
mendekati musuh daripada sebagai kawan.

“Tidak ada yang abadi dan tidak ada
kawan yang sejati kecuali yang menolong
ketika susah.”

“Sepanjang hidup aku berjuang
bersungguh-sungguh mencari sahabat
sejati hingga pencarianku melenakanku.

“Kukunjungi seribu negara, namun tidak
satu negara pun yang penduduknya berhati
manusia.”

Imam Al-Syafie turut meminta kita
berhati-hati memilih sahabat kerana
sahabat yang baik akan membawa ke arah
kebaikan dan begitu sebaliknya.
Katanya: “Jika seseorang tidak dapat
menjaga nama baiknya kecuali dalam
keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan
jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

“Banyak orang lain yang dapat menjadi
penggantinya. Berpisah dengannya bererti
istirehat.

“Dalam hati masih ada kesabaran buat
kekasih, meskipun memerlukan daya usaha
yang keras.

“Tidak semua orang yang engkau cintai,
mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala
dibalas dengan sikap tidak sopan.

“Jika cinta suci tidak datang daripada
tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang
dibuat-buat.

“Tidak baik bersahabat dengan
pengkhianat kerana dia akan mencampakkan
cinta setelah dicintai.

“Dia akan memungkiri jalinan cinta yang
terbentuk dan akan menampakkan hal yang
dulunya menjadi rahsia.”

Seseorang itu juga dapat menundukkan
musuhnya dengan menunjukkan rasa
persahabatan.

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:
“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak
mempunyai rasa dengki, hatiku lega,
jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

“Ketika musuhku berada di hadapanku, aku
sentiasa menghormatinya. Semua itu
kulakukan agar aku dapat menjaga diriku
daripada kejahatan.

“Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan
rasa persahabatanku kepada orang yang
kubenci, seperti aku nampakkan hal itu
kepada orang yang kucintai.”

Saturday, April 14, 2007

...the greatest paIn....

The greatest pain in life is not to die, but to be ignored.
To lose the person you love so much to another who doesn't care at all.
To have someone you care so about so much throw a party... and not tell you about it.
When your favorite person on earth neglects to invite you to his graduation.
To have people think that you don't care.

The greatest pain in life, is not to die, but to be forgotten.
To be left in the dust after another's great achievement.
To never get a call from a friend, just saying "hi".
When you show someone your innermost thoughts and they laugh in your face.
For friends to always be too busy to console you
when you need someone to lift your spirits.

When it seems like the only person who cares about you, is you.
Life is full of pain, but does it ever get better?
Will people ever care about each other, and make time for those who are in need?
Each of us has a part to play in this great show we call life.
Each of us has a duty to mankind to tell our friends we love them.
If you do not care about your friends you will not be punished.
You will simply be ignored... forgotten... as you have done to others.


*This poem was written by a young girl who committed suicide three years ago. Perhaps if the people surrounding her had shown a little morelove, and had paid more attention to her, her death could have been prevented. Remember that when going through life, you can't judge a sad, lonely, or suicidal person by their facial expression. You need to get to know each person you come in contact with, cherish your friendship with them, and show them that you care.*

Tuesday, April 10, 2007

....ciri2 sahabat yang baik.....

SAHABAT SEJATI
.:: oleh:Haslinda Lukman ::.

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'


ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’

DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja. Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.

~ moga dri ini mampu jadi teman yang terbaik buat semua walaupun ianya ternyata suatu yang mustahil.No body's perfect....

Friday, April 6, 2007

.....Fren.....



People come and go
but the person who called fren will never
let you go...
to all my fren...
love you all.. ;*

Monday, April 2, 2007

.... dunia yang kudiami...


Dunia tanpa sempadan...
penuh ranjau dan onak duri...

Siapa yang berani melangkah...

Dia pastinya terus gah Berdiri....

Yang Masih takut...

tersungkur sebelum masanya..


aku masih disini....

Status ku??

Entah yang mana satu...

masih berjuang mungkin....

Masih mencari Identiti Diri ...

dan Juga kekuatan untuk menempuH duNia ini...

Seribu kemungkinan yang aku sendiri tidak pasti yang mana satu kebenarannnya...

...sindrom of rejection...

"Pernah mendengar sindrom ini? Sindrom ini tidaklah menyebabkan seseorang itu berubah menjadi seperti kanak kanak down syndrom, dan sindrom ini tidaklah merubah corak kehidupan seseorang secara zahirnya. Tetapi dengan perlahan lahan, sindrom ini akan memakan sel sel otak seseorang dan seterusnya mengubah sikapnya menjadi pesimistik, menjadi kurang percaya diri, atau pun menjadi orang yang kehilangan identiti (identical crisis).

Jadi, apakah sebenarnya sindrom ini? Sindrom ini sebenarnya menimpa kebanyakan orang. Cuma pada saat dan ketika ini, saya mahu memfokuskan kepada pelajar pelajar universiti sahaja. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang, kita mula berfikir fikir untuk mencari bidang yang sesuai dengan diri kita. Bagi pelajar yang menggemari subjek fizik, maka biasanya kejuruteraan adalah pilihannya. Bagi pelajar yang meminati subjek biology, perubatan akan menjadi pilihannya. Pelajar pelajar yang jarang terdedah kepada hakikat sebenar pembelajaran yang bakal mereka tempuhi ini, lantas menjadikan kegemaran subjek mereka sebagai alat pengukur untuk menentukan jurusan yang mereka ceburi di alam universiti nanti. Berkat dengan kecemerlangan akademik mereka, dengan mudahnya mereka dapat memasuki bidang yang mereka sukai.

Maka, setelah beberapa ketika. Di saat mereka mula mengenal tentang diri sendiri, mula bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, dengan pelbagai input yang telah mereka terima, mereka mula merasakan bahawa pilihan jurusan yang mereka ceburi adalah bertentangan dengan kehendak diri mereka. Mereka mula merasakan bahawa diri mereka sebenarnya sesuai di bidang yang lain. Maka terjadilah apa yang dinamakan 'Syndrome of Rejection'.

Simptom simpton bagi sindrom ini adalah, pertambahan jumlah kekerapan ponteng ke kelas, peningkatan jumlah assignment yang tidak disiapkan, pertambahan jumlah masa bagi aktiviti yang bukan akademik, peningkatan nilai 'ignorance' terhadapa jadual waktu, test dan final exam serta segala benda yang berkaitan dengannya. Motivasi untuk belajar akan menurun dengan kadar yang sangat mendadak, sehinggakan jadilah dia sebagai seorang pelajar yang hilang identiti. Pelajar engineering yang tidak tahu engineering, pelajar medik yang jahil tentang perubatan dan lain lain.

Golongan golongan seperti ini seolah olah berada di persimpangan jalan, apatah lagi andaikata sindrom ini menimpa di hujung hujung pengajian atau di pertengahannya. Mereka akan berada di dalam satu titik dilema yang tidak berkesudahan, persoalan yang sering timbul di pemikiran mereka, adakah patut bagi aku meneruskan pengajian ini, tetapi sangat rugi andai tidak diteruskan, pelbagai usaha dan belanja telah dikeluarkan, tetapi aku sudah tidak berminat lagi, tiada apa yang boleh membantu aku untuk meningkatkan kembali motivasi diri? Akhirnya, polemik yang mereka sendiri timbulkan memakan diri sendiri. Masa yang mereka ambil untuk membuat keputusan terlalu lama hingga 'Syndrome of Rejection' yang awalnya menimpa mereka kerana minat yang berbeza, akhirnya sindrome ini berubah menjadi sebagai habit mereka. Sikap melarikan diri dari tanggungjawab, tidak bermotivasi, ignorance mendarah daging dalam diri mereka sehingga sukar untuk dikikis lagi. Dan jadilah mereka sebagai insan yang sudah kehilangan segala galanya. Kegemilangan dahulu amat sukar untuk dicari ganti.

Ibu saya pernah berkata kata pada saya dengan nada memberi nasihat:

"Mak tahu bahawa engkau sudah tidak berminat lagi dengan jurusan ini, dan engkau berharap dapat bertukar kepada jurusan lain, betul tak? Tetapi engkau harus ingat, ini adalah keputusan yang telah engkau buat dahulu, suka atau tidak, engkau harus menghadapinya"

Teringat saya pepatah inggeris yang pernah saya terbaca suatu ketika dahulu:

"Part of being a grown up is you live with the consequences of decisions that you made".

Jadi, nasihat saya kepada penghidap sindrom ini ialah mari kita merubah sikap kita yang kekanak kanakan kepada sikap yang lebih dewasa. Selesaikan apa yang telah kita mulakan, sebelum kita meninggalkannya tidak berkesudahan dan memulakan sesuatu yang baru yang kita tidak tahu hujung pangkalnya. Seperti yang ibu saya pernah ungkapkan, bahawa pendidikan adalah harta. Ianya pasti berguna walaupun kita tidak tahu dimana dan bagaimana ia digunakan. Wallahu'alam bis shawab."

take from http://www.abuhumaira.blogspot.com/

a part of PROBS dat student alWAYS faced..*SIGH* -_-